Lauk kampung tetap ‘win’ – Ismail

Lauk kampung tetap ‘win’ – Ismail

PERDANA Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkongsikan menu yang sentiasa mendapat tempat di hatinya iaitu menu lauk kampung.

Perkara berkenaan dikongsikan dalam satu hantaran di Facebook hari ini.

“Walau pelbagai jenis makanan saya dah cuba, lauk kampung tetap “win”. Kuah gulai kawah banjir, baru menjadi.
“Jamuan di Masjid Muhajirin Kampung Lubuk Kawah, Temerloh. Raya kedua, saya beraya disini santai dengan orang kampung dan saudara-mara.
“Semua steady lagi ke tu?Soal beliau hari ini.

Dalam hantaran terdahulu, Perdana Menteri turut berkongsikan aktiviti hari raya kedua beliau.

“Hari raya kedua adalah hari menziarah tanah perkuburan bagi seluruh keluarga dan saudara mara saya.

“Selain dari menyedekahkan tahlil dan doa… dapat juga membawa anak cucu untuk mengingatkan dan menjelaskan tentang sejarah atuk nenek, moyang serta keturunan mereka,” ujarnya.

Malah apa yang penting menurut Ismail Sabri, setahun sekali dapatlah kesemua sanak saudara jauh dan dekat berkumpul dan bermesra. E9

Lauk kampung tetap ‘win’ – Ismail


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Drama Raya PETRONAS 366 gambaran ketabahan rakyat Malaysia (Video)

Dituduh memondan, Aliff Syukri nak saman pula

Berjuta tonton, saya akan buat konsert pula – Aliff Syukri

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker