Polis kesan pemandu Alphard samseng, provok pengguna lain di Lebuhraya KL-Karak

Polis kesan pemandu Alphard samseng, provok pengguna lain di Lebuhraya KL-Karak

Polis sedang memburu seorang pemandu Toyota Alphard yang dirakam memandu secara berbahaya dan berlagak samseng sehingga tular di media sosial, hari ini.

Jabatan Siasatan Dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Bukit Aman menerusi kenyataan memaklumkan video berkenaan memaparkan sebuah kenderaan jenis Toyota Alphard warna putih dipandu secara berbahaya dengan memotong di lorong kecemasan dan melakukan provokasi kepada pengguna jalan raya yang lain.

Katanya, pemandu Toyota Alphard itu juga dilihat melakukan tindakan membuli pengguna jalan raya lain ketika kejadian.

“Tindakan pemandu ini boleh mendatangkan risiko kemalangan bukan hanya kepada dirinya tetapi kepada pengguna jalan raya yang lain,” katanya.

Semakan JSPT mendapati kejadian berlaku di Lebuhraya Kuala Lumpur-Karak (arah timur) pada 30 April lalu (Sabtu).

Katanya, polis sudah menjalankan semakan dan pemilik kenderaan itu juga telah dikenal pasti.

“Pemandu ini diminta segera menyerah diri ke Balai Trafik IPD Gombak atau mana-mana balai polis berhampiran bagi membantu siasatan,” katanya.

Tular video berdurasi 2.25 minit memaparkan sebuah MPV jenis Toyota Alphard warna putih dipandu secara berbahaya dengan memotong di lorong kecemasan dan melakukan provokasi kepada pengguna jalan raya yang lain dan tular di laman sosial Facebook. FMT

Polis kesan pemandu Alphard samseng, provok pengguna lain di Lebuhraya KL-Karak


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Drama Raya PETRONAS 366 gambaran ketabahan rakyat Malaysia (Video)

Dituduh memondan, Aliff Syukri nak saman pula

Berjuta tonton, saya akan buat konsert pula – Aliff Syukri

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker