Pemandu teksi maut tercampak

SEPANG – Seorang pemandu teksi maut dipercayai tercampak keluar dari kenderaan yang dipandunya dalam kejadian kemalangan di jalan keluar KLIA 2 di sini, pagi tadi.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Selangor, Norazam Khamis berkata, lelaki berusia 38 tahun itu memandu teksi jenis Toyota Innova terlibat kemalangan dengan sebuah kereta jenis Perodua Alza.

“Mangsa tercampak keluar dan meninggal dunia di tempat kejadian setelah disahkan oleh pihak Kementerian Kesihatan. Jarak mangsa tercampak adalah anggaran 10 meter.

“Pemandu Perodua Alza pula tidak mengalami kecederaan,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Dalam pada itu, beliau berkata, pihak Balai Bomba dan Penyelamat Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) menerima panggilan pada pukul 6.14 pagi tadi serta bergegas ke lokasi kejadian dan tiba pada pukul 6.24 pagi dengan operasi diketuai oleh Ketua Operasi, Mohd. Ismadi Abd Rahman.

 

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Drama Raya PETRONAS 366 gambaran ketabahan rakyat Malaysia (Video)

Dituduh memondan, Aliff Syukri nak saman pula

Berjuta tonton, saya akan buat konsert pula – Aliff Syukri

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker