Tahanan lolos demi jumpa isteri, polis siasat elemen cuai

Tahanan lolos demi jumpa isteri, polis siasat elemen cuai

Enam anggota polis disiasat atas kecuaian selepas seorang tahanan melarikan diri dari lokap Bayan Baru pada Selasa lalu, kata Ketua Polis Pulau Pinang, Mohd Shuhaily Mohd Zain.

Bagaimanapun, lelaki itu ditangkap semula di Batu Kurau, Perak semalam.

Shuhaily berkata, terdapat elemen kecuaian dalam kes berkenaan dan polis sedang memuktamadkan kertas siasatan membabitkan enam anggota berpangkat koperal dan lans koperal yang berusia 20-an hingga 30-an.

Tahanan yang lolos itu, Azizi Mohammad Hassan, 33, ditangkap semula kira-kira 6 petang semalam dalam sebuah bilik di sebuah chalet.

“Kami sedang mengenal pasti siapa yang membantu membawanya ke tempat itu. Dia ditemui dalam keadaan badannya bengkak dan ruam, dipercayai berpunca daripada alahan kulit. Dia segera dibawa ke hospital untuk rawatan,” katanya dipetik Bernama dalam sidang media di George Town.

“Siasatan lanjut mendapati lelaki berkenaan ditahan atas kesalahan dadah, melepaskan diri dari lokap polis tanpa bantuan sesiapa. Dia dipercayai melarikan diri untuk bersama isterinya yang akan bersalin,” katanya. FMT

Tahanan lolos demi jumpa isteri, polis siasat elemen cuai


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Drama Raya PETRONAS 366 gambaran ketabahan rakyat Malaysia (Video)

Dituduh memondan, Aliff Syukri nak saman pula

Berjuta tonton, saya akan buat konsert pula – Aliff Syukri

Related Articles

Leave a Reply

Check Also
Close
Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker