27 Waktu Terbaik Agar Doa Dimakbul Allah

27 Waktu Terbaik Agar Doa Dimakbul Allah

Sering kali kita tertanya-tanya kenapa doa kita masih tidak dimakbulkan oleh Allah s.w.t. Apakah kerana dosa lampau yang menghalang atau masih tidak sempurnakah ibadah yang kita lakukan. Atau mungkin, belum tiba masanya untuk Allah mengurniakan apa yang kita pinta.

Hakikatnya, Allah lebih tahu bila masa yang sesuai untuk doa tersebut dimakbulkan. Sebagai makhluknya, teruskanlah berdoa dan tidak berputus asa kerana yakinlah, Allah pernah berkata, “Berdoalah, nescaya aku kabulkan.” Justeru buatlah yang terbaik agar rahmat Allah terus melimpah.



Pun begitu dalam ikhtiar agar doa dimakbulkan, ada beberapa perkara yang perlu diambil kira untuk kita ‘menyemak’ kembali, mana-mana ‘tempat’ yang mungkin menghalang doa dari dimakbulkan. Antaranya:

Pertama: Lihatlah pada makanan yang kita ambil. Halalkah?

Kedua: Pastikah rezeki yang kita peroleh bersih dan puncanya halal?

Ketiga: Apakah kita yakin bahawa kita tidak melakukan maksiat?



Keempat: Apakah ada prasangka buruk kita kepada Allah gara-gara Allah tidak memakbulkan doa yang dipinta? Jika ada, buangkanlah jauh dari fikiran.

Apa pun, sebagai makluman, ada beberapa tempat dan waktu yang disenaraikan sebagai waktu yang baik untuk berdoa, sekalipun berdoa itu boleh dilakukan pada bila-bila masa. Antaranya ialah:

1.Pada malam qadar iaitu 10 terakhir dalam bulan Ramadan.

2.Pada hari Arafah iaitu pada 9 Zulhijjah ketika jemaah haji melakukan wuquf di Arafah.



3.Pada bulan Ramadan.

4.Pada malam Jumaat.

5.Pada hari Jumaat.

6.Waktu Jumaat lebih-lebih lagi ketika imam duduk di mimbar sehingga imam mengucapkan salam.



7.Pada tengah malam.

8.Ketika seperdua malam yang kedua sekitar jam 12 malam.

9.Sepertiga malam yang pertama sekitar jam enam hingga sepuluh malam.

10.Sepertiga malam yang terakhir iaitu selepas jam dua pagi.



11.Pada waktu sahur sebelum fajar terbit.

12.Sesudah berwuduk.

13.Ketika orang azan untuk solat.

14.Antara azan dan iqamat



15.Ketika orang mengucapkan iqamat

16.Ketika berbaris menuju medan perang sabil.

17.Dalam pertempuran di medan perang.

18.Pada akhir tiap-tiap solat fardu.

19.Pada waktu sedang sujud tidak kira di dalam solat mahupun di luar solat.

20.Ketika sedang membaca al-Quran.

21.Setelah tamat membaca al-Quran.

22.Ketika minum air zamzam.

23.Pada waktu ayam jantan berkokok iaitu di pagi hari.

24.Pada saat berkumpulnya kaum Muslimin kerana agama.

25.Pada waktu berkumpul untuk berzikir iaitu secara berkumpulan untuk menyebut kebesaran Allah, bertakbir, bertahmid dan bertasbih atau berkumpul membaca dan mempelajari al-Quran dan juga menerima pelajaran agama Islam.

26.Ketika menutupkan mata orang yang telah mati.

27.Ketika hujan turun dengan lebat

27 Waktu Terbaik Agar Doa Dimakbul Allah


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Drama Raya PETRONAS 366 gambaran ketabahan rakyat Malaysia (Video)

Dituduh memondan, Aliff Syukri nak saman pula

Berjuta tonton, saya akan buat konsert pula – Aliff Syukri

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker