Hanya MKT, presiden ada kuasa lulus pakatan, kerjasama politik – Shahril

Hanya MKT, presiden ada kuasa lulus pakatan, kerjasama politik – Shahril

Sebarang bentuk pakatan atau kerjasama dengan parti politik lain perlu mendapat kelulusan Majlis Kerja Tertinggi (MKT) dan presiden Umno, kata Ketua Penerangannya, Shahril Hamdan.

Berdasarkan perlembagaan Umno, katanya, sebarang pakatan dan gabungan tidak boleh dilakukan mana-mana bahagian dan negeri tanpa mandat parti.



“Mereka boleh berbincang, namun dalam membentuk pakatan mahupun gabungan perlu ada kelulusan MKT dan presiden,” katanya menurut laporan Berita Harian.

“Setakat ini, yang memang mendapat mandat MKT berbincang dengan mana-mana pihak ialah presiden parti. Jadi, beliaulah yang mewakili Umno, jika hendak berbincang dengan parti lain, sebelum sebarang keputusan hendak dibawa ke MKT.”

Beliau berkata demikian selepas veteran Umno, Tengku Razaleigh Hamzah dilaporkan akan mengetuai gerakan dinamakan Angkatan Amanah Merdeka Rakyat Kelantan dalam usaha menumbangkan kerajaan PAS menjelang pilihan raya umum ke-15.

Gerakan itu dilaporkan akan mengadakan program sulung gabungan rentas parti itu pada 7 Mei ini.



Susulan itu, Ketua Umno Kelantan, Ahmad Jazlan Yaakub dilaporkan berkata tindakan Tengku Razaleigh yang lebih sinonim dipanggil Ku Li itu mungkin ingin menebus rasa bersalahnya kerana menyebabkan Umno Kelantan tumbang pada 32 tahun lalu.

Shahril berkata, Umno Kelantan difahamkan sudah menjelaskan tindakan Ku Li adalah keputusan individu yang tidak membabitkan mana-mana kumpulan lain dalam Umno peringkat negeri.

“Perkara itu (pendirian) sudah dimaklumkan Umno Kelantan,” katanya yang juga naib ketua Pemuda Umno.

Ditanya tindakan parti terhadap Ku Li mengadakan pakatan tanpa mandat parti, beliau bagaimanapun enggan mengulas perkara itu.



“Saya ingin tegaskan tindakan mana-mana pihak melakukan pakatan dan gabungan atau jajaran baharu kerjasama dengan parti lain perlu dapat kelulusan parti terlebih dulu.” FMT

Hanya MKT, presiden ada kuasa lulus pakatan, kerjasama politik – Shahril


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET




Drama Raya PETRONAS 366 gambaran ketabahan rakyat Malaysia (Video)

Dituduh memondan, Aliff Syukri nak saman pula



Berjuta tonton, saya akan buat konsert pula – Aliff Syukri

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker