GV10: Penonton mahu lihat peserta bukan ‘drama’ Kak Lina

GV10: Penonton mahu lihat peserta bukan ‘drama’ Kak Lina

Drama demi drama yang ditonjolkan oleh tiga pengacara yang mengendalikan pentas Gegar Vaganza All Start yang memasuki minggu kedua semalam nampaknya mula menjadi cemuhan para peminat.

Rata-rata peminat rancangan realiti tersebut ternyata kecewa dengan sikap pengacara program terbabit yang melebihi konsep asal program itu yang ingin mempertengahkan juara-juara yang pernah menyertai Gegar Vaganza selama ini.



Ada juga yang menyifatkan drama yang dibuat-buat oleh ketiga-tiga pengacara Nabil Ahmad, Jihan Muse terutamanya Elly Mazlein atau Kak Lina Pom Pom telah membayangi kesemua peserta yang bertanding.

“Kak Lina kena faham, ini GV All Stars. Juara, best of the best. Fokus penonton adalah pada semua peserta. Ini bukan Big Stage untuk kamu semua boleh membayangi semua peserta.

“Penonton juga ada yang masih tidak kenal peserta-peserta tu, dia berbeza orang nak tengok peserta, kawal lah sikit jangan terlalu berlebih haram maklum,” ciap Tyra Yusoff.

“Aku kurang berminat nak tengok drama-drama yang lebih-lebih dari pengacara, kadang mereka nampak terlalu selesa sehingga benda yang tak perlu cakap pun mereka cakap.



“Jangan berlebih sangat, jaga tutur kata. Insya-Allah penonton nampak kamu boleh kendali program tu tak perlu melebih pun,” kata Azrul Fadzli.

Terdahulu pada konsert kedua semalam, Elly yang cuba membawa watak ‘Elly Mazlein’ yang lebih bersopan berbanding watak ‘Kak Lina Pom Pom’ sebelum ini masih mendapat cemuhan ramai.

Ketiga-tiga pengacara program itu tetap menjadi bualan hangat penonton apabila ada sahaja isu yang berbangkit ketika mereka mengendalikan rancangan tersebut. K Online

GV10: Penonton mahu lihat peserta bukan ‘drama’ Kak Lina



Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

GV10: Peminat mahu Kak Lina Pom Pom kembali, Elly Mazlein tak gedik



Ira Kazar terima kifarah – Nur Nilam

Jiggy komen pakaian renang Dhabitah



Tuah wajah iras Mira Filzah dapat watak utama

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker