Masih ada hampir 90,000 tiket tren untuk pulang beraya

Masih ada hampir 90,000 tiket tren untuk pulang beraya

Sebanyak 89,976 tiket perkhidmatan tren Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) masih tersedia bagi rakyat pulang ke kampung halaman untuk meraikan ketibaan Hari Raya Aidilfitri.

Menteri Pengangkutan, Wee Ka Siong berkata, baki tiket itu melibatkan perkhidmatan tren elektrik (ETS), ETS tambahan (KL Sentral-Padang Besar), KTM Intercity melibatkan Ekspres Rakyat Timuran, Ekspres Selatan dan Shuttle Timuran serta Ekspres Khas Keluarga Malaysia hingga 8 Mei ini.

Beliau bagaimanapun berkata, tren khas Ekspres Keluarga Malaysia dari KL Sentral ke Tumpat, Kelantan habis dijual, termasuk 180 tempat duduk tambahan.

“Bagi laluan Tumpat-KL Sentral pada 7 Mei hanya tinggal 246 tempat duduk superior,” katanya menurut laporan Bernama.

Beliau berkata, jumlah keseluruhan tiket yang ditawarkan ialah 244,502 keping dan 154,526 telah dijual setakat ini.

“Ada baki 89,976 tiket dengan keseluruhan 63% (bagi semua perkhidmatan KTMB di atas) terjual.”

Wee menasihatkan penumpang merancang perjalanan sebaiknya bagi mengelakkan perkara tidak diingini berlaku.

“Saya merayu mereka yang nak balik kampung tiba lebih awal (dari masa kereta api yang ditetapkan) kerana tren ini kita tidak boleh lengahkan untuk sesiapa. Waktunya tepat disebabkan sistem.” BH

Masih ada hampir 90,000 tiket tren untuk pulang beraya


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Drama Raya PETRONAS 366 gambaran ketabahan rakyat Malaysia (Video)

Dituduh memondan, Aliff Syukri nak saman pula

Berjuta tonton, saya akan buat konsert pula – Aliff Syukri

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker