Perdana Menteri Hadir Majlis Pengebumian Allahyarham Tengku Ahmad Rithauddeen

Perdana Menteri Hadir Majlis Pengebumian Allahyarham Tengku Ahmad Rithauddeen

Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob hadir pada majlis pengebumian bekas Menteri Pertahanan, Tengku Tan Sri Ahmad Rithauddeen Tengku Ismail hari ini.

Jenazah Tengku Ahmad Rithauddeen selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Bukit Kiara di sini pada 11.20 pagi, yang turut dihadiri kira-kira 100 ahli keluarga dan sahabat.



Ismail Sabri turut menaburkan bunga dan menyiram kubur Allahyarham.

Selepas itu, Perdana Menteri menziarahi isteri Allahyarham, Tengku Puan Seri Nooraini Tengku Zainal Abidin, 83.

Perdana Menteri berkata, pemergian Allahyarham adalah satu kehilangan amat besar kepada negara kerana Allahyarham adalah seorang pemimpin yang disegani bukan sahaja dalam kerajaan bahkan juga arena politik.

“Sebagai ahli UMNO jawatan tertinggi yang pernah dijawat Almarhum adalah Naib Presiden UMNO dan banyak kementerian diterajui oleh Allahyarham sewaktu dalam kerajaan dahulu.



“Jawatan terakhir Allahyarham dalam UMNO adalah sebagai Pengerusi Lembaga Disiplin, maknanya sumbangan Allahyarham kepada UMNO berterusan.

“Sebagai ahli UMNO kita tahu sumbangannya dan kita sangat menghargai sumbangan dan pengorbanan besar Allahyarham. Sumbangannya kepada negara tidak ternilai dan pihak kerajaan mengucapkan terima kasih kepada Allahyarham,” katanya yang kelihatan sebak.

Terdahulu, jenazah Tengku Ahmad Rithauddeen disembahyangkan di Masjid Wilayah Persekutuan diimamkan Imam Besar masjid itu Muhyidin Aziz dan disertai lebih 200 jemaah.

Tengku Ahmad Rithauddeen, 94, menghembuskan nafas terakhir di kediamannya di Jalan Duta di sini pada 8.43 malam tadi, akibat sakit tua.



Selain berkhidmat sebagai Menteri Pertahanan dari 1987 hingga 1990, Tengku Ahmad Rithauddeen pernah dilantik sebagai Menteri Fungsi Khas untuk membantu Tun Abdul Razak di Kementerian Luar Negara (1973) sebelum menjadi Menteri Penerangan dan Fungsi Khas (1974).

Beliau kemudian menyandang jawatan Menteri Hal Ehwal Luar Negara (1975), Menteri Perdagangan dan Industri (1981) sebelum dilantik semula sebagai Menteri Luar Negara (1984) dan Menteri Penerangan (1986).

Sementara itu, anak keempat Tengku Ahmad Rithauddeen daripada lima beradik, Tengku Farith, 50, mewakili ibunya mengucapkan terima kasih kepada ahli keluarga, sahabat dan orang ramai yang membantu menguruskan pengebumian bapanya.

“Kami ingin mengucapkan terima kasih kepada semua sahabat dan ahli keluarga yang hadir untuk mengakhiri proses pengebumian ayahanda kami. Saya minta agar segala dosanya diampunkan dan sama-sama kita berdoa agar beliau ditempatkan dalam kalangan orang yang soleh,” katanya. – BERNAMA



Perdana Menteri Hadir Majlis Pengebumian Allahyarham Tengku Ahmad Rithauddeen

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929



CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET




Drama Raya PETRONAS 366 gambaran ketabahan rakyat Malaysia (Video)

Dituduh memondan, Aliff Syukri nak saman pula

Berjuta tonton, saya akan buat konsert pula – Aliff Syukri

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker