Anak Pelakon Delimawati Meninggal Dunia Dalam Kereta

Anak Pelakon Delimawati Meninggal Dunia Dalam Kereta

Anak lelaki pelakon, Delimawati Ismail iaitu Zulfazli Jaafar ditemukan meninggal dunia dalam kereta, di tepi jalan di Saujana Putra, Kuala Langat, Selangor, petang semalam.

Delimawati ketika dihubungi berkata, menantunya memaklumkan anak lelakinya itu keluar berjumpa kawan.



“Dia beritahu isterinya nak keluar jumpa kawan, tapi apabila dihubungi dia tak jawab panggilan. Itu yang isterinya keluar cari dan tengok kereta ada di tepi jalan. Apabila isterinya periksa, dia sudah meninggal dunia dalam kereta,” katanya kepada Harian Metro.

Bagaimanapun, Delimawati tidak memaklumkan punca sebenar kematian anaknya itu, sebaliknya hanya mengatakan anaknya mungkin tidur dalam kereta yang penghawa dingin dihidupkan.

Delimawati yang popular dengan watak Hantu Kak Limah berkata, jenazah anaknya dibawa ke Masjid Al-Amin, Taman Tenaga Puchong untuk disolatkan sebelum dikebumikan.


Baca Artikel Menarik:

 



Anak perempuan Delimawati meninggal dunia

“Allahuakbar. Berat sungguh dugaan Kau berikan di hujung Ramadan ini. Kau jemput satu-satunya anak lelaki yang aku tinggal.
“Dengan anak-anaknya yang masih kecil. Pergilah sayang ibu reda. Semoga Allah menempatkan anak ibu di syurga.
“Ya Allah Kau lapangkan kuburnya anakku Zulfazli Jaffar. Cantikkanlah rumah barunya. Ibu ampunkan segala-galanya. Tenanglah kamu di sana. Tunggu ibu ya sayang. Ibu akan menyusul nanti,” katanya.

HM

Baca Artikel Menarik:



Anak Pelakon Delimawati Meninggal Dunia Dalam Kereta

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929



CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

Janna Nick Pakai Seluar Putih Sampai Nampak Seluar Dalam



Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker