Takut terkena tempias seperti PKR, Gerakan kecam Liberal International

Gerakan mengecam Liberal International kerana menyatakan sokongan kepada Israel tanpa persetujuan daripada ahli dan pemerhatinya.

Dalam satu kenyataan, Setiausaha Agung Gerakan, Loh Kah Yong menggesa organisasi yang berpangkalan di UK itu menarik balik sokongan mereka kepada rejim Israel.

Parti komponen Perikatan Nasional itu juga mengancam untuk menarik balik penglibatannya dengan Liberal International kerana melanggar nilai kebebasan, kesaksamaan dan komuniti.



“Adalah dikesali apabila Liberal International mengeluarkan kenyataan menyokong Israel tanpa persetujuan ahli dan pemerhatinya termasuk Gerakan.

“Kami mendapati ini tidak menyenangkan dan mengecewakan, kerana masyarakat antarabangsa harus berdiri teguh dalam solidariti dengan rakyat Palestin, bukannya memberikan sokongan kepada penceroboh, seperti Israel,” kata Loh.

“Saya menggesa Liberal International untuk menarik balik sokongan mereka terhadap Israel dan menggunakan platform mereka untuk tujuan yang betul dengan menyeru dan menggesa penamatan pelanggaran hak asasi manusia yang berlaku di Palestin.

“Gerakan tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan tegas menarik balik penglibatan kami selanjutnya dengan organisasi ini, terutamanya apabila ia bercanggah dengan nilai kebebasan, kesaksamaan, dan komuniti yang telah lama dianuti,” kata Loh.



Liberal International menganggap pertubuhan itu sebagai “pertubuhan parti politik liberal dunia”. Gerakan adalah salah satu daripada dua parti politik Malaysia yang disenaraikan di laman web pertubuhan itu sebagai ahli pemerhatinya.

Satu lagi parti yang disenaraikan ialah PKR. Bagaimanapun ketua penerangan PKR, Fahmi Fadzil menafikan parti itu pernah menjadi ahli Liberal International.

Pada 7 Okt, Liberal International menyatakan solidariti terhadap rakyat Israel, mengutuk serangan terhadap orang awam, dan mengiktiraf hak Israel untuk mempertahankan diri.

Pada 14 Okt, kumpulan itu menyatakan kebimbangan mengenai ancaman terhadap kehilangan nyawa dan kemusnahan kediaman orang awam di Gaza.



Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Wanita jerit ‘Allahu Akbar’ di dalam kereta api ditembak mati polis di Paris



‘Non muslim reading Quran’ trending di TikTok (Video)

Tidak peka nasib Palestin, Fasha Sanda kena cop ‘bodoh’



Mat Coffee kini dibuka, lupakan Starbuck



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker