Pemain bola sepak cederakan teman wanita akan dituduh di mahkamah hari ini

Pemain bola sepak cederakan teman wanita akan dituduh di mahkamah hari ini

Seorang pemain bola sepak Liga Super yang ditahan sebelum ini kerana dipercayai menyebabkan kecederaan terhadap teman wanitanya akan dituduh di Mahkamah Petaling Jaya hari ini.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya ACP Mohamad Fakhrudin Abdul Hamid ketika dihubungi Bernama mengesahkan perkara itu.



Pemain bola sepak berusia 30 tahun yang beraksi dalam kempen Liga Malaysia bersama pasukan Sabah FC itu dipercayai melakukan kekasaran terhadap teman wanitanya selepas berselisih faham di dalam sebuah bilik hotel di Petaling Jaya, 7 Jun lepas.

Mohamad Fakhrudin dalam kenyataan sebelum ini berkata suspek yang pernah menyarung jersi kebangsaan itu telah menyebabkan kecederaan di bahagian badan teman wanitanya selain telefon bimbit mangsa turut mengalami kerosakan.

Kes disiasat mengikut Seksyen 323/427 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum lima tahun atau denda atau kedua-dua sekali, jika disabitkan kesalahan. MG

Pemain bola sepak cederakan teman wanita akan dituduh di mahkamah hari ini



Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Ustaz Dusuki Tegur Puteri Sarah



Afiq simpan bukti dicurangi Pachara

Mondy ‘Influencer’ berduit, netizen kritik Ebit Lew



Cangkul kepala ibu saudara kerana berebut tanah

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker