Fazura habis puluhan ribu ringgit belanja staf beg Coach



Fazura habis puluhan ribu ringgit belanja staf beg Coach

Aktres Nur Fazura meraih pujian warganet susulan penularan sebuah video memaparkan dia berbelanja puluhan beg tangan jenama mewah Coach untuk dihadiahkan kepada pekerjayanya.

Menerusi perkongsian video TikTok oleh penyampai radio DJ Sonic, Fazura dilihat berada di butik jenama terkemuka itu yang turut ditemani suaminya, pelakon Fattah Amin.

“Fazura berhabis puluhan ribu ringgit untuk hargai staf. Fazura juga belanja saya beg! Terima kasih,” tulis DJ Sonic di ruangan kapsyen videonya.

Perkongsian tersebut lantas menarik perhatian netizen yang memuji sifat baik hati dan tidak berkira dengan pekerjanya.




“Jual tudung mampu milik. Hargai staf beli itu dan ini. Rakyat Malaysia pun gembira nak sokong dia,” kata seorang netizen.

Dalam video berdurasi 30 saat tersebut, Fazura atau nama lengkapnya Nur Fazura Sharifuddin,39, dilihat sedang sibuk menyusun beg-beg terbabit sebelum diberikan kepada semua stafnya yang terdiri daripada lelaki dan wanita.

Terdahulu, tudung keluarannya iaitu Tudung Fazura berjaya mencatatkan 80,000 helai dalam tempoh dua jam selepas dilancarkan pada Ogos tahun lalu dengan jumlah jualan dianggarkan mencecah RM2.16 juta. Utv

Fazura habis puluhan ribu ringgit belanja staf beg Coach


Baca Artikel Menarik:




Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Pemuda OKU Tangisi Pemergian Bapa Undang Sebak Netizen (Video)

Rayuan akhir Najib, 94 alasan dikemukakan untuk Mahkamah Persekutuan

Janna Nick Gatal Raya pula (Video)



Leave a Reply

Your email address will not be published.