Bermula 1 Mei, Pelitup Muka Di Luar Bangunan, Kawasan Terbuka Tidak Lagi Wajib – Khairy
Bermula 1 Mei, Pelitup Muka Di Luar Bangunan, Kawasan Terbuka Tidak Lagi Wajib – Khairy
Kementerian Kesihatan Malaysia memutuskan pemakaian pelitup muka di luar bangunan (outdoor), tidak lagi diwajibkan bermula 1 Mei ini.
Menterinya Khairy Jamaluddin berkata, pemakaian pelitup muka di luar bangunan dan kawasan terbuka adalah atas pilihan (optional) tetapi amat digalakkan kerana pelitup muka mampu mengurangkan penularan jangkitan.
Namun, Ahli Parlimen Rembau itu berkata, pemakaian pelitup muka adalah wajib apabila berada di dalam bangunan (indoor), dan di dalam pengangkutan awam termasuk e-hailing.
“Pelitup muka bagaimanapun boleh ditanggalkan, semasa melakukan senaman berat di dalam bangunan, tetapi ia hendaklah segera dipakai semula setelah selesai melakukan senaman tersebut; sekiranya berseorangan di dalam suatu ruang; ketika sedang makan, minum; ketika sedang berucap; dan membuat persembahan.
“Pemakaian pelitup muka terutamanya di dalam bangunan dan pengangkutan awam masih lagi penting untuk melindungi diri serta orang di sekeliling kita, terutamanya mereka yang berisiko tinggi seperti warga emas, kanak-kanak dan individu immunocompromised,” katanya lagi.
Khairy berkata demikian ketika mengumumkan pelaksanaan protokol baharu, susulan keadaan keberkesanan tindakan pencegahan dan kawalan kesihatan awam, termasuk program vaksinasi COVID-19 dalam menguruskan penularan jangkitan COVID-19 dalam negara.
Mengenai pemakaian pelitup di luar bangunan dan tempat awam, Khairy berkata, biarpun ia adalah pilihan, namun KKM amat menggalakkan orang ramai untuk terus memakai pelitup muka.
Beliau berkata, orang ramai digalakkan memakai sekiranya berada di kawasan sesak seperti pasar malam, bazar Ramadan dan stadium; bergejala; atau melakukan aktiviti dengan golongan berisiko seperti warga emas dan kanak-kanak.
Dalam pada itu, Khairy berkata, keperluan penjarakan fizikal di dalam SOP Majlis Keselamatan Negara terbitan 1 April 2022 juga telah disemak semula.
“Mengambil kira semua aktiviti telah dibenarkan dengan penggunaan 100 peratus kapasiti ruang, maka penjarakan fizikal di antara individu atau kumpulan tidak diperlukan.
“Namun begitu, penjarakan fizikal digalakkan dalam keadaan tidak memakai pelitup muka,” jelasnya lagi.-AA
Bermula 1 Mei, Pelitup Muka Di Luar Bangunan, Kawasan Terbuka Tidak Lagi Wajib – Khairy
Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929
CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]
Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda
Baca Artikel Menarik:
- Aliff Syukri hadir beri keterangan kepada SKMM
- Gempa bumi landa Kundasang
- Banduan paling berbahaya di Britain dibenar bela burung
- Peminat sedih lihat keadaan Zamani sakit tulang belakang
- UMNO Selangor tak halang Khir buat come back – Noh
- TV9, ST Rosyam Mart tawar ayam RM1.49 seekor
- Pemuda UMNO gesa segera siasat hakim perbicaraan Najib
- Pakej rawatan muka RM20,000 laris menjelang Syawal
- Posmen maut kereta bertembung pacuan empat roda
- Bapa cekik rakan sekelas anak
- Nenek durjana paksa cucu minum whiskey hingga maut
- Jiran gila lempar 7 bom tangan
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Pemuda OKU Tangisi Pemergian Bapa Undang Sebak Netizen (Video)
Rayuan akhir Najib, 94 alasan dikemukakan untuk Mahkamah Persekutuan
You must be logged in to post a comment.