Aina Abdul dah macam mesin ATM, berbaju kebaya sampul duit

Aina Abdul dah macam mesin ATM, berbaju kebaya sampul duit

Penyanyi tersohor Malaysia, Aina Abdul terus menjadi bualan netizen apabila digelar ‘ATM bergerak’ selepas menggayakan busana kebaya songket merah yang dihiasai 200 keping sampul raya RM10.

Aina atau nama sebenarnya, Nurul Aina Abdul Ghani, 27, mengenakan busana rekaan Wan & Mary dalam klip video terbaharunya, Gema Raya yang dilancarkan semalam.

Rekaan itu terhasil daripada idea serta konsep ‘balik raya’ yang dipersembahkan menerusi lagu sambutan lebaran.

“Baju tersebut dihasilkan lebih kurang tiga hari untuk menyiapkan rekaan busana yang indah ini,” ujar pereka fesyen terkenal itu.

Bahkan, Aina juga turut mengenakan beberapa rekaan lain yang dihiasi ketupat raya dan lampu ‘lip lap’ raya.

Muzik video yang diarah oleh Mohd Hisham Saleh tersebut berjaya meraih 57,819 jumlah tontonan dalam masa 16 jam dilancarkan.

“Muzik video Gema Raya sangat istimewa kerana kita cuba untuk berlakon. Harap semua terhibur dengan muzik video kali ini,” tulis Aina di akaun Instagram miliknya.

Sementara itu, menjengah ke ruangan komen di Instagram, rata-rata orang ramai terhibur dan mengusik penyanyi tersebut.

“Cuba kira berapa jumlah duit yang ada pada baju Aina? Siapa betul dapat hadiah,” usik seorang pengguna, Kyle.

“Senang nak duit raya ambil sahaja pada baju, genius,” komen pengguna lain yang dikenali sebagai Hariz Fayahet. K Online

Aina Abdul dah macam mesin ATM, berbaju kebaya sampul duit


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Pemuda OKU Tangisi Pemergian Bapa Undang Sebak Netizen (Video)

Rayuan akhir Najib, 94 alasan dikemukakan untuk Mahkamah Persekutuan

Janna Nick Gatal Raya pula (Video)

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker