Polis siasat dakwaan kes tular guru dera murid autisme

Gambar tular di media sosial menunjukkan kesan lebam di kedua-dua telinga murid autistik berusia tujuh tahun yang didakwa didera guru.

PETALING JAYA: Polis telah membuka kertas siasatan berhubung satu hantaran tular di media sosial melibatkan seorang guru yang didakwa mendera murid perempuan autistik hingga telinganya lebam, dalam kejadian di sekolah pendidikan khas di Seberang Jaya, baru-baru ini.

Menurut Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah Tan Cheng San, ibu kepada murid perempuan terbabit telah membuat laporan sejurus kejadian itu berlaku kira-kira jam 9.30 pagi, 19 Julai lalu.

“Kita mengambil maklum berhubung perkara yang ditularkan di media sosial.

“Siasatan polis mendapati mangsa adalah kanak-kanak yang menghadapi masalah autisme dan mengikuti kelas pendidikan khas di sebuah sekolah pendidikan khas di Seberang Jaya.



“Ketika kejadian mangsa dikatakan bertindak agresif di dalam kelas hingga menyebabkan pelajar lain takut dan menangis. Disebabkan itu, suspek guru wanita berusia lingkungan 30-an datang dan memegang kedua-dua belah telinga mangsa untuk menenangkan mangsa, namun tindakan suspek menyebabkan kedua-dua telinga mangsa mendapat kesan lebam,” katanya dalam kenyataan semalam, menurut Harian Metro.

Terdahulu, seorang pengguna Facebook (FB) memuat naik maklumat berkenaan kanak-kanak perempuan berusia tujuh tahun yang juga autisme mengalami kecederaan di telinga didakwa didera oleh gurunya di sebuah sekolah di Pulau Pinang.

Mengulas lanjut, Tan berkata, mangsa telah dibawa ke Hospital Bukit Mertajam (HBM) untuk rawatan lanjut.

Beliau berkata, polis kini menjalankan siasatan lanjut berhubung kes itu mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan.



“Orang ramai dinasihatkan supaya tidak terus menularkan kejadian itu kerana ia boleh menyebabkan kekeliruan dan kegelisahan masyarakat,” katanya.

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);



KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:



Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Tang Mana Wanita Melayu Sampai Terkangkang Depan Juri (Video)

Bapa polis anak makan tisu, mengarut betul AC Mizal – Netizen



Samseng jalanan dicekup acu pisau kepada pemandu lori



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker