Nenek ditahan edar syabu, heroin
Nenek ditahan edar syabu, heroin
Seorang wanita warga emas berusia 73 tahun yang disyaki pengedar dadah ditahan dalam satu serbuan oleh sepasukan pegawai dan anggota Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik, Ibu pejabat Polis Daerah (IPD) Taiping di sebuah rumah di Taman Aulong Maju, di Taiping, kelmarin.
Ketika serbuan jam 7 petang itu, wanita terbabit berada seorang diri di rumah bersama barang kes iaitu satu bungkus plastik disyaki berisi dadah jenis methamphetamine dengan anggaran berat 1,000 gram dan 30 bungkus plastik dadah jenis heroin seberat 450 gram.
Ketua Polis Perak Mior Faridalathrash Wahid berkata, turut dijumpai di rumah suspek adalah peralatan membungkus dadah.
“Nilai keseluruhan dadah yang dirampas itu berjumlah RM115,750. Dadah tersebut dipercayai untuk pasaran tempatan dan boleh menampung keperluan kira-kira 10,300 penagih.
“Hasil ujian saringan air kencing ke atas wanita itu adalah negatif dan suspek juga tidak mempunyai rekod kesalahan lampau,” katanya dalam sidang akhbar di Ibu pejabat Polis Kontinjen (IPK) Perak, menurut laporan Utusan Malaysia.
Farid berkata, suspek itu direman lima hari bermula semalam hingga Isnin ini untuk siasatan mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952.
“Siasatan sedang dijalankan berkaitan modus operandi digunakan suspek dan peranan serta kaitannya dengan barang kes berkenaan,” katanya.
Sementara itu dalam kes berlainan, beliau berkata, seorang lelaki berusia 32 tahun ditahan bersama 3,188 gram dadah jenis heroin di Bandar Seri Botani, dekat Ipoh kelmarin.
Katanya, ujian saringan air kencing ke atas suspek yang mempunyai empat rekod kesalahan lampau itu positif dadah jenis methamphetamine.
“Nilai keseluruhan tujuh bungkus dadah yang dirampas itu berjumlah RM111,580. Dadah itu disyaki untuk diedarkan di pasaran tempatan dan boleh digunakan oleh seramai 7,000 penagih. Suspek direman enam hari hingga Selasa ini dan siasatan dijalankan mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952,” katanya. FMT
Nenek ditahan edar syabu, heroin
Baca Artikel Menarik:
- Pakej Bantuan Khas diberi mulai hari ini
- Pusat karaoke terbakar, 3 pelanggan maut dipercayai terhidu asap
- Pekerja muat naik video pelanggan makan ketika Ramadan, Burger King ambil tindakan
- Amah tak dibayar gaji, bertahun bersih kondo, jaga 30 ekor kucing
- Radhi OAG mengaku tak bersalah cederakan bekas isteri
- Pukul Pengguna Jalan Raya, Identiti Pemandu Ferrari Gengster Telah Dikenal Pasti
- Penebar Roti Canai Dengan Gaji Mencecah RM200,000 Dicari
- Fasha Sandha Teruk Dikecam
- 30 minit dibenarkan berada di R&R semasa perayaan Aidilfitri
- Nilai ringgit merosot lima hari berturut-turut
- Wanita dituduh ada hubungan sulit dibelasah hingga pengsan
- Pesakit boleh terima pelawat, ditemani penjaga mulai 23 April
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Prank Melampau Pegang Tangan Isteri Orang (Video)
You must be logged in to post a comment.