Kanak-kanak perempuan 3 tahun maut didera ibu kandung, bapa tiri

Kanak-kanak perempuan 3 tahun maut didera ibu kandung, bapa tiri

Seorang kanak-kanak perempuan berusia tiga tahun maut dipercayai didera oleh ibu kandung dan bapa tirinya dalam kejadian di rumah mereka di Jitra, Kedah, semalam.

Ketua Polis Kedah, Wan Hassan Wan Ahmad, berkata pihaknya menerima maklumat kematian kanak-kanak terbabit jam 7.30 malam semalam daripada pihak hospital.



“Hasil pemeriksaan pada badan mangsa menemukan kesan luka dan lebam dipercayai akibat didera.

“Hasil bedah siasat mendapati mangsa meninggal dunia akibat usus pecah dipercayai akibat hentakan benda tumpul,” katanya menurut laporan Utusan Malaysia.

Wan Hassan berkata, maklumat mendapati kanak-kanak terbabit meninggal dunia kira-kira dua jam sebelum dibawa ke hospital.

Mangsa merupakan anak bongsu daripada tiga beradik mempunyai penyakit asma dan sakit kulit, manakala dua lagi anak wanita itu tidak mengalami kesan kecederaan akibat didera.



Katanya, ibu kandung mangsa berusia 26 tahun dikatakan baru berkahwin dengan suspek berusia 22 tahun kira-kira empat bulan lalu.

“Suspek lelaki berniaga air manakala wanita tidak bekerja dan mempunyai rekod jenayah berkaitan curi motosikal. Hasil ujian urian mendapati mereka didapati negatif dadah,” kata Wan Hassan.

Kedua-dua mereka direman selama tujuh hari bermula hari ini dan kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan. FMT

Kanak-kanak perempuan 3 tahun maut didera ibu kandung, bapa tiri




Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Nabila Huda Trauma Lihat Muka Peguam Siti Bainun



Mawar Karim Akui Sedang Bercinta

Prank Melampau Pegang Tangan Isteri Orang (Video)



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker