Biro Kebajikan UMNO Sumbang Wang Baik Pulih Masjid Al-Aqsa

Biro Kebajikan UMNO Sumbang Wang Baik Pulih Masjid Al-Aqsa

Imam merangkap Pengarah Masjid Al-Aqsa, Sheikh Omar Fahmi Awadallah Al Kiswani memaklumkan wang sumbangan Biro Kebajikan UMNO sebanyak USD200,000 telah digunakan untuk baik pulih infrastrukur dan kawasan masjid berkenaan.

Perkara itu dimaklumkan Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi ketika beliau melakukan panggilan video bersama Sheikh Omar, semalam.

“Sheikh Omar juga mengambil kesempatan untuk menyatakan penghargaan beliau yang tidak terhingga kepada keprihatan rakyat Malaysia khususnya UMNO terhadap nasib yang sering menimpa umat Islam di sana dan ke atas Masjid Al-Aqsa itu sendiri.

“Beliau mengingatkan kembali sumbangan Biro Kebajikan UMNO sebanyak USD200,000 kepada pihak Masjid Al-Aqsa pada tahun lepas yang telah mereka gunakan sepenuhnya untuk membaik pulih dan menambah fasiliti di kawasan masjid.

“Sheikh Omar juga mengambil kesempatan di atas panggilan video tersebut yang kebetulan hampir masuk waktu berbuka puasa di sana untuk menunjukkan kawasan persekitaran Masjid Al-Aqsa kepada saya yang kelihatan kembali tenang dan ramai umat Islam telah mula datang untuk mengimarahkannya,” katanya menerusi satu hantaran di Facebook.

Sementara itu, Pengerusi Barisan Nasional itu turut sama menyatakan bahawa Sheikh Omar turut berkongsi berkenaan peristiwa keganasan Zionis yang terbaru ke atas penduduk Palestin dan pencerobohan ke atas Masjid Al-Aqsa baru-baru ini.

“Mengenai kronologi peristiwa keganasan tersebut yang telah mencederakan hampir 200 orang penduduk Palestin dan lebih 300 lagi telah ditahan tanpa sebab.

“Saya mengambil kesempatan panggilan video tersebut untuk menyatakan perasaan marah saya dan seluruh ahli UMNO kepada kezaliman rejim zionis Israel dan simpati kepada penduduk Palestin di Masjid Al-Aqsa yang terpaksa berhadapan dengan segala bentuk ujian dan cabaran di dalam bulan Ramadhan yang mulia ini.

“Saya juga menyatakan dengan jelas kepada beliau bahawa rakyat Malaysia khususnya UMNO akan terus kekal istiqamah bersolidariti bersama-sama dengan penduduk Palestin untuk mempertahankan kesucian Masjid Al-Aqsa sampai bila-bila,” tegas beliau.

Jelas Ahmad Zahid lagi, Sheikh Omar juga sudah menjangkakan ada kemungkinan akan berlaku lagi siri-siri keganasan rejim Zionis ke atas kiblat pertama umat Islam itu menjelang hari-hari terakhir di bulan Ramadan.

“Marilah sama-sama kita mendoakan kesejahteraan umat Islam di sana dan semoga Allah SWT memberikan mereka kekuatan dan kesabaran untuk terus menjadi benteng mempertahankan kesucian Masjidil Aqsa Al Mubarak dari kekejaman dan kezaliman rejim Zionis Israel,” ujar beliau.

Terdahulu, tentera Israel melancarkan beberapa siri serangan udara ke beberapa lokasi di Semenanjung Gaza pada Khamis.

Lapor Quds News Network, sumber tempatan memaklumkan pesawat perang Israel melancarkan 12 peluru berpandu di tengah bandar Gaza sehingga menyebabkan kebakaran di kawasan tersebut. – UMNO Online

Biro Kebajikan UMNO Sumbang Wang Baik Pulih Masjid Al-Aqsa


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Nabila Huda Trauma Lihat Muka Peguam Siti Bainun

Mawar Karim Akui Sedang Bercinta

Prank Melampau Pegang Tangan Isteri Orang (Video)

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker