HFMD: 105 tabika, 75 taska kendalian Kemas ditutup

Sebanyak 180 premis pendidikan awal dan pusat jagaan kanak-kanak kendalian Jabatan Kemajuan Masyarakat (Kemas) ditutup akibat jangkitan penyakit tangan, kaki dan mulut (HFMD) setakat semalam, kata Menteri Pembangunan Luar Bandar Datuk Seri Mahdzir Khalid.

Beliau berkata daripada jumlah itu, 105 premis ialah Taman Bimbingan Kanak-Kanak (Tabika) manakala bakinya ialah Taman Asuhan Kanak-Kanak (Taska) yang terletak di seluruh negara kecuali Negeri Sembilan dan Melaka.

“Tindakan menutup Tabika dan Taska dibuat berdasarkan nasihat serta saranan daripada pihak Kementerian Kesihatan (KKM) kerana setiap kes yang dikesan akan dilaporkan kepada pihak berkenaan.



“Premis terlibat ditutup selama 10 hari dan tindakan sewajarnya termasuk kerja disinfeksi akan dilakukan pihak Kemas,” katanya pada sidang media selepas menghadiri Majlis Ramah Mesra dan Sambutan Aidilfitri bersama Warga Kemas Pahang di sini hari ini.

Mahdzir berkata sepanjang tempoh penutupan itu, sesi Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR) akan dilaksanakan, berdasarkan pengalaman yang dilaksanakan semasa pandemik COVID-19 melanda negara.

Beliau juga memberi jaminan bahawa Kemas sentiasa memantau perkembangan dan mengambil langkah proaktif untuk menangani penularan jangkitan penyakit itu di premis mereka berdasarkan prosedur operasi standard (SOP) ditetapkan KKM.

Antara yang dilakukan ialah membuat saringan awal terhadap kanak-kanak yang dihantar setiap hari termasuk mengambil suhu badan dan membuat pemeriksaan terhadap simptom jangkitan seperti tanda ulser pada mulut dan lidah atau ruam di tangan dan kaki.



“Kita berharap ibu bapa juga dapat membantu mencegah penularan dengan memastikan anak-anak benar-benar sihat dan tidak mempunyai tanda jangkitan. Jika ada adik-beradik lain mempunyai simptom, mereka juga seharusnya tidak menghantar anak ke Tabika atau Taska sebagai pencegahan,” katanya.

Kemas mempunyai 10,765 buah Tabika dan 549 buah Taska di seluruh negara. – Bernama

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392



Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda




Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Mahkamah dimaklumkan Adun Gombak Setia minta izin bila mahu ‘main’



Jawatan MP Ampang Zuraida Sebagai MPT Bersatu Tergugur Serta-Merta – Hamzah

Pertahan PN kekal bersama MN: Kenyataan Hadi buat semua pening



Related Articles

Check Also
Close
Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker