Sharifah Sakinah Akui Tak Lagi Seiras Dengan King Coco
Sharifah Sakinah Akui Tak Lagi Seiras Dengan King Coco

Siapa sangka, satu ketika dahulu ramai yang menganggap pelakon Sharifah Sakinah dan pempengaruh media sosial, King Coco mempunyai wajah yang hampir serupa sehingga digelar “kembar” oleh netizen.
Namun, keadaan itu nampaknya sudah berubah apabila Sakinah sendiri mengakui dia “terkekut” melihat penampilan terkini King Coco yang kini tampil berbeza berbanding dahulu.
Menerusi satu perkongsian yang dimuat naik di media sosial ketika menghadiri majlis pelancaran produk IAmCoco yang berlangsung di W Hotel, Kuala Lumpur pada Ahad, Sakinah sempat berseloroh mengenai perubahan wajah usahawan berkenaan.
“Muka aku dah tak macam King Coco. Dulu muka kami sama, dikatakan kembar,” tulisnya.

Perkongsian itu pantas mencuri perhatian ramai yang turut mengakui wajah King Coco kini kelihatan jauh berbeza berbanding beberapa tahun lalu.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Universiti Penyelidikan Terus Diperkasa, Terajui Penyelidikan Bertaraf Global Dalam Bidang Kritikal
- Melaka Terus Pacu Pembangunan, Perkukuh Kesejahteraan Rakyat
- Veteran UMNO Johor Tolak Dakwaan Sombong, Tegaskan UMNO/BN Sentiasa Bersama Rakyat
Kekalkan Kerajaan Stabil, Anak Muda Johor Diseru Terus Sokong BN
Dalam masa sama, King Coco berkata antara perkara yang paling banyak mengubah kehidupannya adalah selepas mendirikan rumah tangga buat kali kedua bersama pelakon dan usahawan Singapura, Nick Mikhail Razak.

Menurutnya, kehidupan selepas berkahwin membuatkan dia lebih menghargai masa bersama keluarga dan memilih untuk memberi fokus kepada rumah tangga.
Disebabkan itu juga, King Coco kini jarang muncul dalam perhatian umum seperti sebelum ini kerana mahu meluangkan lebih banyak masa bersama insan tersayang.
Walaupun tidak lagi aktif berkongsi kehidupan peribadi seperti dahulu, kemunculannya pada majlis tersebut tetap menjadi perhatian ramai, apatah lagi apabila perubahan penampilannya turut mendapat reaksi spontan daripada Sharifah Sakinah sendiri.
Sharifah Sakinah Akui Tak Lagi Seiras Dengan King Coco
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Peruntukan Kerajaan Adalah Hak Rakyat, Bukan Bahan Propaganda Politik
- Marilah Kembali Ke Rumah Bangsa Yang Tidak Pernah Gadai Prinsip Perjuangan
- Tengku Azman Bidas Hannah Yeoh, Label BN ‘Neraka’ Hina Usaha Bangunkan KL
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Kasih Kepada Rakyat Diukur Melalui Tindakan, Bukan Pengumuman – Mohd Jafni
You must be logged in to post a comment.