Kenyataan media disiapkan lebih awal daripada mesyuarat MKT

Kenyataan media disiapkan lebih awal daripada mesyuarat MKT. Ahli Parlimen Ketereh, Tan Sri Annuar Musa mengulangi dakwaan yang dibuatnya sebelum ini bahawa kenyataan media dibuat Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi disiapkan lebih awal daripada mesyuarat Majlis Kerja Tertinggi (MKT) parti itu.

Annuar yang juga Menteri Wilayah Persekutuan mendakwa, mereka berpeluang mendengar apa yang diucapkan lebih 20 orang ahli MKT pada Rabu.

“Semua bercakap penuh hemah dan kebijaksanaan yang tinggi.

Ya benar, majoriti tidak bersetuju dengan tindakan melulu.

“Saya yakin dengan kebijaksanaan MKT.

Sayangnya, kenyataan media sudah disiapkan lebih awal,” katanya menerusi ciapan di Twitternya pada Sabtu.

Beliau mengulas mengenai kenyataan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob yang dilaporkan bahawa majoriti ahli MKT UMNO yang menghadiri mesyuarat secara maya tidak bersetuju dengan saranan Ahmad Zahid supaya mereka menarik sokongan terhadap Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

MKT UMNO sebelum ini pada Rabu membuat keputusan menarik balik sokongan Muhyiddin berkuat kuasa serta-merta.

Ahmad Zahid berkata, ketetapan tersebut diambil berpandukan tujuh kegagalan kerajaan Perikatan Nasional (PN) yang diterajui Muhyiddin dalam memenuhi aspirasi yang digariskan parti itu.

Kenyataan media disiapkan lebih awal daripada mesyuarat MKT


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


Azmin kena kecam di FB Menteri Austria

 

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker