Rina Harun Dihentam Kerana ‘Photo Op’ Dengan Mangsa Penderaan Bella

Rina Harun Dihentam Kerana ‘Photo Op’ Dengan Mangsa Penderaan Bella

Jika dahulu, menteri kabinet Datuk Seri Rina Harun dikritik hebat oleh netizen ketika tragedi banjir yang melanda sebahagian negeri di Malaysia sekitar hujung tahun lalu dan awal tahun ini.

Antaranya, memakai kasut tinggi di pusat penempatan banjir, didakwa ‘berlakon’ sedang membersihkan kawasan banjir yang sudah bersih dan menganjurkan majlis makan malam bagi menyampaikan sumbangan banjir di sebuah hotel mewah di Kuala Lumpur.

Terbaru, Rina Harun sekali lagi menjadi bahan bualan netizen apabila dia didakwa mencari publisiti dan ‘photo op’ dengan mangsa penderaan Bella.

Tular di media sosial mengenai sebuah video yang memaparkan Rina Harun memaksa Bella untuk bergambar dan kanak-kanak itu kelihatan tidak selesa berikutan masih berada dalam fasa pemulihan.

Perkara tersebut turut dibawa ke hadapan oleh pengasas bersama Yayasan Chow Kit, Hartini Zainudin yang menganggap Rina sebagai seorang yang hipokrit dan tidak ikhlas.

Katanya kepada Free Malaysia Today, Rina hanya bertindak setelah Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim dan isteri, Che Puan Khaleeda menzahirkan kebimbangan dengan apa yang terjadi kepada Bella.

Malah, kebanyakan netizen juga beranggapan perkara yang sama dan menggesa agar Rina Harun melepaskan jawatannya kerana tidak layak dan tidak cekap dalam menjalankan tugas. Bn

Rina Harun Dihentam Kerana ‘Photo Op’ Dengan Mangsa Penderaan Bella


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Anak angkat celah mana?, Nurulhidayah nafi dakwaan warganet

Biawak Bengal Di Rogol, Empat lelaki Ditahan

Peniaga ‘Mee Tonggek’ Boleh Berniaga Semula Dengan Syarat

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker