PRU15: ‘Khemah Besar’ Bukan Lagi Formula Utama Pembangkang – Shafie Afdal
PRU15: ‘Khemah Besar’ Bukan Lagi Formula Utama Pembangkang – Shafie Afdal
Khemah besar bukan lagi formula utama bagi pembangkang memenangi Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15), berikutan rakyat kini mahukan perubahan.
Presiden Parti Warisan Datuk Seri Mohd Shafie Apdal berkata, isu khemah besar bukan persoalan utama tetapi kini adalah masa untuk semua pihak melihat semula apa yang sebenarnya diinginkan rakyat.
“Kita tidak lagi boleh fikir tentang khemah besar di sana sini. Kita ada khemah besar di (pilihan raya negeri) Melaka, tetapi kita kalah. Kita ada khemah besar di Sarawak, pun kita kalah juga.
“Kita tidak boleh anggap yang rakyat mesti terima sahaja apa yang kita mahu. Kita perlu bersedia berdepan perubahan rakyat, memenuhi kehendak orang ramai, bukannya kehendak sendiri.
“Jika tidak, keadaan akan jadi sangat rumit,” kata Mohd Shafie ketika ditemui selepas menghadiri Majlis Berbuka Puasa Bersama Masyarakat Setempat di Kampung Sembulan di sini, semalam.
Sementara itu, ditanya mengenai situasi Warisan bersama Parti Ikatan Demokratik Malaysia (MUDA) selepas kekalahan dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor yang lalu, Mohd Shafie berkata, pihaknya mempunyai hubungan baik dengan semua parti politik yang ada di negara ini.
“Kita punya hubungan yang semuanya baik, oleh kerana kita merupakan parti politik yang merupakan barisan pembangkang.
“Malah kalau di Parlimen, hubungan saya (baik) dengan semua parti, dari Sarawak, dari Semenanjung, UMNO atau Pas.
“Masalahnya, hubungan baik dalam konteks kemanusiaan. Dari segi politik, ideologinya berbeza-beza. Itu kita faham,” tambahnya.-AA
PRU15: ‘Khemah Besar’ Bukan Lagi Formula Utama Pembangkang – Shafie Afdal
Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929
CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]
Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda
Baca Artikel Menarik:
- ADUN DAP Pasir Berdamar Terrance Naidu Didakwa Ambil Dadah
- Seni tahi anjing kaulah, Bonda Rozita selar Aliff Syukri
- Rina Harun Dihentam Kerana ‘Photo Op’ Dengan Mangsa Penderaan Bella
- Berdosa peguam bela pihak yang salah, wang diterima haram – MAZA
- Raja Zarith murka ada individu salah guna kurniaan istana
- Najib sekolahkan Kit Siang samakan Malaysia dengan Sri Lanka
- Pengetua sekolah bertunang dengan murid
- Budak 10 tahun mati dihempap pokok 100 tahun
- Penceramah bebas ditahan bantu siasatan kes amang seksual fizikal
- Jual Kerepek Nak Balik Raya Selepas 2 Kali Kehilangan Kerja [VIDEO]
- Dedah Perangai Ira Kazar, Suka Kejar Suami Orang
- Isteri Kantoi Curang Ketika Suami Pergi Solat Tarawih [VIDEO]
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Rafizi Berdepan Saman Berkaitan Sapura
You must be logged in to post a comment.