171 tahanan Rohingya masih lolos, polis buat sekatan jalan

171 tahanan Rohingya masih lolos, polis buat sekatan jalan

Polis berkata, 171 tahanan Rohingya yang melarikan diri dari Depot Imigresen Sementara Relau di Bandar Baharu, Kedah, awal pagi tadi, masih bebas.

Ketua Polis Pulau Pinang, Shuhaily Zain berkata, kumpulan itu dipercayai sedang menghala ke selatan ke arah Perak.

Katanya, kumpulan yang masih bebas itu mungkin kelaparan kerana mereka melarikan diri sejak 4 pagi tadi dan mungkin mengetuk pintu untuk meminta makanan.

Oleh itu, beliau menggesa orang ramai memujuk mereka menyerah diri kepada polis atau menghubungi 999, sebaik sahaja mengesan mereka.

Etnik Rohingya yang melarikan diri daripada tahanan Imigresen Sungai Bakap di Depot Tahanan Sementara Relau di sini disifatkan berbahaya, selain dikhuatiri menceroboh kediaman penduduk setempat.

Ketua Polis Kedah, Komisioner Wan Hassan Wan Ahmad berkata, seramai 176 tahanan dilaporkan masih bebas setakat ini dan pihaknya bimbang etnik tersebut boleh melakukan apa sahaja untuk menyelamatkan diri mereka.

“Kita juga bimbang elemen ceroboh kediaman penduduk berlaku kerana rata-rata mereka berada dalam keadaan lapar.

BERITA LANJUT MENYUSUL

171 tahanan Rohingya masih lolos, polis buat sekatan jalan


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Rafizi Berdepan Saman Berkaitan Sapura

Menantu baru tak bangsat – Chef Wan

Chef Ammar dakwa gerainya ditutup kerana disihir

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker