Minit mesyuarat jatuhkan BN bocor: Zahid lapor polis
Minit mesyuarat jatuhkan BN bocor: Zahid lapor polis
Ahmad Zahid Hamidi akan membuat laporan polis supaya siasatan dapat dijalankan berhubung penularan dokumen didakwa mempunyai unsur campur tangan terhadap pertuduhan di mahkamah yang sedang dihadapi presiden Umno itu.
Menurut peguam ahli Parlimen Bagan Datuk itu, Hisyam Teh Poh Teik, pihaknya terkejut dengan kandungan dokumen dibocorkan di media sosial yang antaranya ada menyebut “perlu ada campur tangan segera dalam kes mahkamah agar mempercepatkan jatuh hukum”.
Katanya, frasa itu jelas merujuk kepada pertuduhan di mahkamah sedang dihadapi bekas timbalan perdana menteri itu. Zahid berdepan 47 tuduhan rasuah, pecah amanah dan pengubahan wang haram dana Yayasan Akalbudi.
“Laporan polis akan dibuat dan kami meminta pihak yang relevan untuk membuat siasatan menyeluruh sama ada wujud cubaan menimbulkan syak terhadap integriti proses kehakiman,” katanya dalam kenyataan.
Ahad lalu, beberapa dokumen dikatakan minit mesyuarat Perikatan Nasional (PN) tular di media sosial, didakwa berkaitan pertemuan antara Naib Presiden PAS Ahmad Samsuri Mokhtar bersama Setiausaha Agung PAS Takiyuddin Hassan serta beberapa pemimpin parti lain pada 24 dan 27 Mac serta 4 dan 7 April.
Antara pemimpin yang dinyatakan dalam minit itu ialah Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi Bersatu Mohamed Azmin Ali, Pengerusi Pejuang Dr Mahathir Mohamad, Setiausaha Agung Bersatu Hamzah Zainudin dan Bendahari Agung Barisan Nasional (BN) Hishammuddin Hussein.
Bagaimanapun, Samsuri yang juga menteri besar Terengganu menafikan wujudnya pakatan pemimpin tertinggi PAS bersama parti lain untuk menjatuhkan Barisan Nasional (BN) sebagaimana tercatat dalam beberapa dokumen yang tular itu.
Beliau menyifatkan dokumen ditularkan itu sebagai “sampah” dan tidak perlu dipercayai kerana dilakukan pihak tidak bertanggungjawab.
“Dokumen sampah macam itu pun orang percaya juga ke? Ia tidak benar, tidak tahu dari mana datangnya. Ejaan nama saya pun tak betul. Dia (pihak tidak bertanggungjawab itu) tahu ada pertemuan itu maka dibuatlah naratif (seperti yang tular),” katanya. FMT
Minit mesyuarat jatuhkan BN bocor: Zahid lapor polis
Baca Artikel Menarik:
- ADUN DAP Pasir Berdamar Terrance Naidu Didakwa Ambil Dadah
- Seni tahi anjing kaulah, Bonda Rozita selar Aliff Syukri
- Rina Harun Dihentam Kerana ‘Photo Op’ Dengan Mangsa Penderaan Bella
- Berdosa peguam bela pihak yang salah, wang diterima haram – MAZA
- Raja Zarith murka ada individu salah guna kurniaan istana
- Najib sekolahkan Kit Siang samakan Malaysia dengan Sri Lanka
- Pengetua sekolah bertunang dengan murid
- Budak 10 tahun mati dihempap pokok 100 tahun
- Penceramah bebas ditahan bantu siasatan kes amang seksual fizikal
- Jual Kerepek Nak Balik Raya Selepas 2 Kali Kehilangan Kerja [VIDEO]
- Dedah Perangai Ira Kazar, Suka Kejar Suami Orang
- Isteri Kantoi Curang Ketika Suami Pergi Solat Tarawih [VIDEO]
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Rafizi Berdepan Saman Berkaitan Sapura
You must be logged in to post a comment.