MR D.I.Y. kembali dengan Kempen Mega Cashback

MR D.I.Y. kembali dengan Kempen Mega Cashback

Kumpulan MR D.I.Y. bekerjasama dengan enam penyedia perkhidmatan kewangan untuk menawarkan pulangan tunai dalam kedai dan diskaun menarik di semua cawangan MR. D.I.Y., MR. TOY, dan MR. DOLLAR yang mengambil bahagian dalam Kempen Mega Cashback.

Enam penyedia perkhidmatan itu adalah lima penyedia e-dompet terdiri daripada Boost, Grabpay, MAE oleh Maybank, Shopeepay dan Touch ‘n Go eWallet serta HSBC Bank.

Promosi berlangsung dari 1 April hingga 31 Mei 2022.

Ketua Pemasaran, Kumpulan MR. D.I.Y., Alex Goh, berkata Kempen Mega Cashback MR D.I.Y. yang pertama pada Februari lalu berjalan lancar, dengan pelanggan memanfaatkan peluang untuk menikmati nilai yang hebat di cawangan syarikat itu.

“Disebabkan sambutan yang hebat, kami membuat keputusan untuk membawa kembali kempen ini, kali ini dengan tawaran yang lebih menarik untuk membantu rakyat Malaysia menikmati lebih penjimatan dan manfaat apabila membuat persiapan menyambut Hari Raya dan musim cuti.

“Memandangkan rakyat Malaysia akan mendapatkan barangan keperluan harian, produk perayaan dan hadiah serta buah tangan, ini masa yang paling sesuai untuk kami memberi lebih ganjaran.

“Selepas dua tahun beraya di bawah Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), semua pasti teruja untuk pulang ke kampung, menziarahi sanak saudara dan beraya bersama mereka yang tersayang pada Hari Raya Aidilfitri nanti. Kami ingin membantu menjadikan pengalaman ini lebih mampu milik, mudah dan menguntungkan untuk mereka,” katanya dalam satu kenyataan.

Kempen Mega Cashback akan dijalankan serentak dengan kempen ‘Raya Serba Baharu’.

Rakyat Malaysia boleh mendapatkan lebih daripada 200 barangan keperluan untuk Hari Raya yang ‘Sentiasa Harga Rendah’, termasuk barangan popular untuk musim perayaan seperti langsir, sarung kusyen selain barangan perhiasan rumah dan kelengkapan dapur.

Kempen ‘Mega Cashback’ MR. D.I.Y. akan berlangsung di cawangan MR. D.I.Y., MR. TOY, dan MR. DOLLAR mengambil bahagian, yang mempunyai perkhidmatan bayaran e-dompet berkenaan di kedai.

Maklumat mengenai promosi ini boleh didapati di https://www.mrdiy.com/promotion/327/MR.DIY-Mega-Cashback-2022/. BH

MR D.I.Y. kembali dengan Kempen Mega Cashback


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Rafizi Berdepan Saman Berkaitan Sapura

Menantu baru tak bangsat – Chef Wan

Chef Ammar dakwa gerainya ditutup kerana disihir

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker