Penceramah bebas didakwa lakukan amang seksual dibebaskan dengan jaminan polis

Penceramah bebas didakwa lakukan amang seksual dibebaskan dengan jaminan polis

KUALA TERENGGANU: Penceramah bebas yang sebelum ini ditahan bagi membantu siasatan mengenai kes amang seksual fizikal terhadap kanak-kanak perempuan, dibebaskan dengan jaminan polis hari ini.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Terengganu ACP Suffian Sulaiman berkata ia susulan tempoh tahanan reman ke atas lelaki berusia 61 itu berakhir hari ini.



“Polis sedang melengkapkan kertas siasatan mengenai kes itu termasuk merekodkan keterangan daripada saksi-saksi lain,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Semalam media melaporkan penceramah itu ditahan di Balai Polis Ajil di Hulu Terengganu ketika hadir memberi keterangan dua hari lepas, dan suspek dikatakan melakukan amang seksual fizikal terhadap kanak-kanak berumur lima tahun, yang juga merupakan anak rakan penceramah itu di sebuah rumah bot di Hulu Terengganu.

Kejadian dipercayai berlaku pada Mac lepas ketika kanak-kanak itu mengikuti keluarganya yang menyertai satu program yang diadakan suspek di rumah bot berkenaan. Aw

Penceramah bebas didakwa lakukan amang seksual dibebaskan dengan jaminan polis




Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Rafizi Berdepan Saman Berkaitan Sapura



Menantu baru tak bangsat – Chef Wan

Chef Ammar dakwa gerainya ditutup kerana disihir



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker