Trend mengejut guru bersara awal membimbangkan – NUTP

Trend mengejut guru bersara awal membimbangkan – NUTP

Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan Malaysia (NUTP) bimbang sekiranya tiada tindakan diambil bagi membendung masalah guru bersara awal yang dilihat semakin meningkat.

Kesatuan itu memaklumkan, dianggarkan terdapat lebih 10,000 guru menghantar permohonan bersara awal setiap tahun, sejak beberapa tahun lalu. Jumlah berkenaan menyamai kadar guru bersara wajib.



“Kita tidak pasti dengan angka sebenarnya, tetapi kami telah memintanya daripada Kementerian Pendidikan. Berdasarkan laporan dari seluruh negara, sebahagiannya berusia awal atau pertengahan 50an. Ini adalah trend membimbangkan kerana negara kehilangan guru berpengalaman,” kata Setiausaha Agung NUTP Wang Heng Suan kepada FMT.

Beliau mengakui bahawa pandemik Covid-19 mungkin menyumbang kepada trend itu, selain keperluan pengajaran dan pembelajaran dalam talian yang meningkat, ditambah dengan tanggungjawab bukan mengajar yang membebankan guru.

“Mereka sukar untuk menghadapinya,” katanya.

Wang berkata, sambungan internet lemah juga menyumbang masalah lalu memberi tekanan kepada guru kerana ia bukan sahaja mengganggu pengajaran, malah menyebabkan banyak kerungsingan memandangkan sesetengah ibu bapa juga ada mencetuskan tekanan.



“Ramai mengatakan mereka bimbang dengan kesihatan mental dan fizikal, dan lebih rela mengadakan kelas tuisyen kerana ia dapat mengurangkan beban bukan mengajar lalu memberikan banyak masa untuk bersama keluarga,” katanya.

Menurutnya, langkah menggantikan dengan graduan baharu tidak akan menyelesaikan masalah itu dengan segera memandangkan mereka perlu menyesuaikan diri dalam sistem terlebih dulu, sebelum mampu menggalas tanggungjawab sebagai guru yang memiliki kecekapan.

Katanya, satu-satunya penyelesaiannya ialah dengan menempatkan pembantu guru di sekolah bagi mengurangkan beban guru demi membolehkan mereka terus kekal dalam perkhidmatan.

“Kementerian Pendidikan telah mencubanya pada 2019 dengan mengambil kira-kira 10,000 (pembantu guru) secara kontrak menerusi projek perintis di Kedah, Sabah dan Melaka. Berdasarkan maklum balas ahli, ia amat berjaya. Saya percaya ia diberhentikan kerana kurangnya dana,” katanya.



Katanya, kementerian harus mempertimbangkan untuk melaksanakannya semula.

Bulan lalu, Menteri Pendidikan Radzi Jidin, berkata kementerian meneliti punca mengapa ramai guru memilih untuk bersara awal.

“Kita akan melihat perkara ini dengan teliti, bukan hanya berdasarkan jumlah (guru), tetapi perincian lain juga. Kita akan kongsikan keputusan mengenai perkara ini nanti,” katanya. FMT

Trend mengejut guru bersara awal membimbangkan – NUTP




Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Anak angkat celah mana?, Nurulhidayah nafi dakwaan warganet



Biawak Bengal Di Rogol, Empat lelaki Ditahan

Peniaga ‘Mee Tonggek’ Boleh Berniaga Semula Dengan Syarat



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker