Umat Islam dijangka berpuasa dua kali setahun pada 2030

Umat Islam dijangka berpuasa dua kali setahun pada 2030

Ahli astronomi Arab Saudi, Khaled al-Zaqaq memaklumkan, bulan suci Ramadan bagi 1451 dan 1452 Hijrah diramalkan jatuh pada tahun 2030, sekali gus menyaksikan umat Islam bakal berpuasa dua kali setahun.

Lapor al-Arabiya, hal itu boleh berlaku kerana kalendar Hijrah Islam adalah berdasarkan kitaran bulan, berbeza dengan kalendar Grogorian yang merujuk perjalanan bumi mengelilingi matahari.



Kali terakhir umat Islam berpuasa dua kali adalah pada 1997 dan sebelum itu pada 1965.

Dianggarkan fenomena itu akan berlaku sekali lagi pada 2030 dan seterusnya 2063.

Pada tahun 1451 Hijrah, bulan Ramadan akan bermula pada 5 Januari 2030, manakala Ramadan 1452 Hijrah akan bermula pada 26 Disember 2030.

Hal itu bakal menyaksikan umat Islam berpuasa selama 36 hari secara keseluruhan iaitu 30 hari pada 1451 Hijrah dan enam hari untuk tahun 1452 Hijrah. Utusan



Umat Islam dijangka berpuasa dua kali setahun pada 2030


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Anak angkat celah mana?, Nurulhidayah nafi dakwaan warganet



Biawak Bengal Di Rogol, Empat lelaki Ditahan

Peniaga ‘Mee Tonggek’ Boleh Berniaga Semula Dengan Syarat



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker