PBT malas buat kerja, lelaki keluar duit sendiri baiki jalan
30
PBT malas buat kerja, lelaki keluar duit sendiri baiki jalan
Akibat geram sudah berpuluh tahun jalan di kampung halamannya di Grobogan, Jawa tengah tidak dibaiki pihak berkuasa tempatan (PBT), seorang lelaki sanggup mengeluarkan belanja sendiri untuk tujuan terbabit.
Joko Suranto mengeluarkan duit sendiri sebanyak 2.8 bilion rupiah (RM825,475) untuk membaiki sebatang jalan rosak sepanjang 1.8 kilometer di kampungnya.
Berdasarkan pemantauan Kompas.com kelmarin, kerja-kerja pembaikan jalan masih berlangsung dan projek itu sudah bermula sejak awal Ramadan lalu.
Sehingga kini, sebanyak 95 peratus jalan sudah siap dibaiki.
Ketua Kampung Jetis, Suharnanik yang juga merupakan abang kepada Joko memaklumkan, pembaikan jalan itu dilakukan atas dasar kemanusiaan.
Jelasnya, Joko sudah tidak tahan melalui jalan rosak yang sama selama 20 tahun dan masalah itu sudah pun diajukan kepada pihak berkuasa tempatan banyak kali, namun tiada satu pun dilayan.
“Kesabaran adik saya akhirnya memuncak dan dia membuat keputusan untuk mengeluarkan duit sendiri bagi membaiki jalan tersebut.
“Jalan itu merupakan tanggungjawab pihak berkuasa, namun tiada seorang pun mengambil tahu apa yang berlaku, apa yang perlu ditanggung penduduk.
“Jalan itu terlalu teruk sehinggakan tidak boleh dilalui kenderaan, terutamanya ketika hujan,” katanya.
Dengan mengupah seramai 25 pekerja, projek pembaikan jalan itu dimulakan sejak awal Ramadan lalu dan penduduk kampung menyambut baik usaha yang dilakukan oleh Joko.
Joko merupakan ahli perniagaan dalam sektor hartanah dan setiap tahun menjelang Aidilfitri, dia akan mengeluarkan duit untuk menurap jalan berkenaan bagi memudahkan proses mudik (pulang ke kampung).
Namun, setiap kali itu juga jalan tersebut akan kembali rosak kerana strukturnya perlu dibaiki secara keseluruhan. Utusan
PBT malas buat kerja, lelaki keluar duit sendiri baiki jalan
Baca Artikel Menarik:
- DAP dan Amanah tekad tidak akan terima Bersatu dan PAS
- Tembakan rambang selepas tarawih di masjid Kanada cederakan 5 orang
- Sam bebas dengan ikat jamin, dibenar rayu kes ‘basikal lajak’
- Mahu ‘Kerjakan’ Menteri Kewangan, Tengku Zafrul balas komen Ayahanda Rani Kulop
- Teruk Dikecam, Peguam Siti Bainun Didakwa ‘Koyak’ [VIDEO]
- Menteri mahu Tan Sri dan bekas pegawai tinggi polis didakwa
- Burukkan Imej Islam, Penari Lagu Raya Aliff Syukri Teruk Dikecam
- Sejak bila GPS isytihar sebahagian PN? – Ahmad Maslan
- Polis cari warga asing tak pakai pelitup muka, tunjuk isyarat lucah
- Kutuk tindakan cucuh mercun ke dubur kucing
- Lelaki diseret Myvi lari dari orang awam
- Kamu ada akal, Najib soal ketua pemuda Bersatu berkait foto bersama Siti Bainun
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Biawak Bengal Di Rogol, Empat lelaki Ditahan