Dah berserban rupa-rupanya Boy Iman sekarang

Dah berserban rupa-rupanya Boy Iman sekarang

HARI baik, bulan baik Diva malas nak bergosip lebih-lebih, bercerita tentang perkara yang buruk-buruk.

Tetapi kalau ada benda baik yang hendak dihebohkan, Diva jadi semangat. Diva sangat suka dengan imej terbaharu pelakon dan juga usahawan, Boy Iman yang kini kelihatan lebih warak.



Menerusi perkongsian yang dimuat naik dalam Instagram miliknya baru-baru ini, pelakon yang pernah membintangi telefilem Blok 404 itu memuat naik foto menunjukkan dirinya memakai serban dan berjubah. Katanya baru pulang dari melakukan dakwah.

“Syukur alhamdulillah saya terpilih dan selesai mengerjakan azam untuk keluar selama tiga hari ke jalan Allah SWT.

“Perkara ini merupakan antara pengalaman istimewa dalam hidup saya sepanjang hidup di dunia ini. Saya anggap sebagai ‘hadiah’ dari Allah SWT untuk saya sempena hari lahir pada 2 April lalu ketika usia 42 tahun,” katanya.

Menjengah ruangan komen, pengikutnya turut memuji dan mendoakan semoga Boy Iman kekal dengan imej sebegitu untuk selama-lamanya.



“Moga terus istiqamah,” komen seorang pengikutnya.

Berseri-seri wajah Boy Iman kalau tengok pada gambar yang dikongsikannya itu. Mudah-mudahan Boy Iman terus istiqamah dan kuat berjuang untuk ke arah kebaikan. K Online

Dah berserban rupa-rupanya Boy Iman sekarang


Baca Artikel Menarik:



Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Anak angkat celah mana?, Nurulhidayah nafi dakwaan warganet

Biawak Bengal Di Rogol, Empat lelaki Ditahan



Peniaga ‘Mee Tonggek’ Boleh Berniaga Semula Dengan Syarat



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker