13 pemandu mabuk ditahan

13 pemandu mabuk ditahan

Polis menahan 13 pemandu kerana memandu di bawah pengaruh alkohol dalam operasi Samseng Jalanan, Op Motosikal/ Pelbagai Kesalahan bermula kelmarin hingga hari ini.

Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Sarifudin Mohd Salleh berkata, operasi bermula dari jam 10 malam dan selesai jam 4 pagi dilakukan di sekitar pusat bandar, Jalan Kuching, Jalan Raja Laut, Lebuhraya Bertingkat Ampang-Kuala Lumpur (AKLEH) dan Lebuhraya Duta-Ulu Kelang (DUKE).

Menurutnya, mereka yang ditahan itu berusia antara 21 hingga 44 tahun mengikut Seksyen 45(A) Akta Pengangkutan Jalan 1987 kerana memandu di bawah pengaruh alkohol.

“Kesemua tangkapan dibawa ke Balai Polis Trafik dan akan dituduh di bawah seksyen yang sama.

“Secara keseluruhan, sebanyak 253 jumlah saman dikeluarkan atas pelbagai kesalahan dan 12 motosikal disita atas kesalahan mengubah suai struktur kenderaan (ekzos),” katanya dalam kenyataan hari ini.

Sarifudin berkata, empat kereta turut disita atas kesalahan mengubah suai kenderaan yang mana semua kenderaan itu disita mengikut Seksyen 64 Akta Pengangkutan Jalan 1987.

“Sementara itu, tiga lelaki ditahan kerana menunggang dalam keadaan merbahaya dan melakukan aksi zig-zag, roket, Superman serta bersaing.

“Mereka yang berusia antara 16 hingga 26 tahun itu dibawa ke Balai Polis Trafik Kuala Lumpur dan akan dituduh mengikut Seksyen 42(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987,” katanya.

Beliau berkata, seorang lelaki berusia 24 tahun pula ditahan kerana memalsukan nombor pendaftaran kenderaan dan kes disiasat mengikut Seksyen 29(1) Akta Kesalahan Kecil 1955 dan dituduh mengikut Seksyen 108(3)(e) Akta Pengangkutan Jalan 1987. HM

13 pemandu mabuk ditahan


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Najib Minta DAP Jangan Politikkan Tragedi Basikal Lajak

Beli Nasi Briyani Daging RM12, Sekali Dapat Daging Meatball 3 Biji

Abang Johan Pelakon ‘Mat Saleh’ Menangis Sebab Ramai…

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker