Kita terima Bersatu atas desakan Amanah dan DAP – Rafizi

Kita terima Bersatu atas desakan Amanah dan DAP – Rafizi

Calon timbalan presiden PKR Rafizi Ramli berkata Pakatan Harapan pada 2016 telah diingatkan supaya bergabung dengan Bersatu jika tidak mahu mereka berpecah.

“Kita sebenarnya diberikan kata dua pada 2016, kalau tidak terima Bersatu dalam PH, maka besar kemungkinan PH akan berpecah,” katanya sempena Jelajah Yakini Rakyat hari ini.

Beliau berkata, PH pada dasarnya enggan menerima Bersatu, sebaliknya hanya mahukan parti itu mengadakan perjanjian dalam pilihan raya bagi mengelak mereka bertembung.

Bagaimanapun, Rafizi berkata atas desakan rakan sekutu iaitu Amanah dan DAP serta semangat untuk membentuk satu perubahan dalam negara, maka PH bersetuju bergabung dengan Bersatu ketika itu.

“Tetapi iyalah kita dah bersangka baik atas harapan bahawa negara ini perlu perubahan, maka kita telan. Kita dah cuba, hadiah yang kita dapat daripada sangka baik itu adalah pengkhianatan,” katanya.

Menurutnya, isu prinsip dalam PH seharusnya tidak perlu diubah, sebaliknya gabungan itu perlu merencanakan taktik lebih berkesan selain yakin dengan kekuatan parti masing-masing.

“Tapi, inilah PH kadangkala ada cucuk jarum tak kena tempat, ada timbul isu lain sebab itu bagi saya PH perlu bersatu dah menerima kekuatan masing-masing, kita bawa kekuatan itu sehingga sampai ke Putrajaya.

“Taktik itu kita kena tukar, jangan kita kacau soal prinsip, kalau itu semua pandangan baik dalam DAP, Amanah, PKR baru senang kita buat kerja,” katanya. FMT

Kita terima Bersatu atas desakan Amanah dan DAP – Rafizi


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Najib Minta DAP Jangan Politikkan Tragedi Basikal Lajak

Beli Nasi Briyani Daging RM12, Sekali Dapat Daging Meatball 3 Biji

Abang Johan Pelakon ‘Mat Saleh’ Menangis Sebab Ramai…

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker