Aktivis sempat masak juadah berbuka untuk asnaf sebelum meninggal dunia

Aktivis sempat masak juadah berbuka untuk asnaf sebelum meninggal dunia

Seorang aktivis kebajikan sempat memasak juadah berbuka puasa kepada 1,000 asnaf beberapa jam sebelum dilaporkan meninggal dunia pada pagi Jumaat di Kota Bharu, Kelantan.

Pengasas Kelab Kebajikan Asnaf Kelantan, Meor Shamshir Meor Zulkefli Auni, 44, menghembuskan nafas terakhir di Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) akibat komplikasi jantung pada jam 2.30 pagi.

Menurut isteri arwah, Zurawati Zulkifli, 44, berkata, sebelum dikejarkan ke hospital suaminya mengadu sakit dada kira-kira pada jam 12 tengah malam dan sukar tidur.

Katanya, sepanjang perjalanan, suaminya tidak berhenti-henti mengucap dua kalimah syahadah.

“Apabila tiba di HUSM dia masih boleh berjalan sendiri untuk naik ke katil hospital sebelum pemeriksaan dilakukan dan mendapati bacaan jantung mulai menurun.

“Pada waktu itu, doktor pula memintanya supaya mengucap dua kalimah syahadah dan selepas mengucap terus dia ‘pergi’.

“Beberapa hari sebelum ini, kerap dia menyebut soal kematian dan seperti memberitahu ajalnya sudah dekat. Dia pergi dengan mudah pada hari ini,” katanya menurut laporan Sinar Harian.

Jenazah Allahyarham Meor Shamshir disembahyangkan di Masjid Padang Bongor, Kelantan dengan kehadiran lebih 5,000 orang bagi memberi penghormatan terakhir kepada arwah.

Allahyarham adalah seorang jurutera yang bergiat aktif dalam banyak kerja kebajikan dan pernah menerima anugerah Tokoh Kebajikan Cakna Asnaf Miskin pada Hari Kebajikan Negeri Kelantan tahun 2020.

Pemergian arwah meninggalkan dua isteri dan enam anak berusia antara dua tahun sehingga 19 tahun. FMT

Aktivis sempat masak juadah berbuka untuk asnaf sebelum meninggal dunia


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Najib Minta DAP Jangan Politikkan Tragedi Basikal Lajak

Beli Nasi Briyani Daging RM12, Sekali Dapat Daging Meatball 3 Biji

Abang Johan Pelakon ‘Mat Saleh’ Menangis Sebab Ramai…

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker