Roti John ‘Rentung’, peniaga tipu pembeli, hatinya tidak bersih
SEJAK awal puasa lalu, sudah timbul beberapa isu tidak enak membabitkan makanan yang dijual peniaga di bazar Ramadan.
Beberapa netizen berkongsi kekecewaan mereka yang mendakwa berasa ditipu peniaga yang menjual makanan yang boleh disifatkan sudah layak ke tong sampah.
Jika semasa pandemik netizen selalu diperdengarkan dengan kisah ‘karipap oksigen’, namun kini cerita roti john hangus rentung pula melatari media sosial.
Selain itu, tular juga baru-baru ini kisah rangka ayam yang dibeli di bazar yang tidak dibersihkan isi perutnya oleh penjual. Sudahlah harganya mahal, makanan yang dijual pula jijik untuk ditelan.
Kisah kuih tepung pelita ‘jahanam’, sup kaki ayam berkuku dan bomboloni ‘scammer’ tanpa krim antara yang mencuri tumpuan sehingga menaikkan darah netizen.
Malah, pengarah dan juga penerbit drama terkenal, Michael Ang juga tidak terkecuali menjadi mangsa diperdaya peniaga tamak apabila membeli kuih koci basi di bazar Ramadan.
Sehari sebelum itu, kuih buah melaka yang dibeli pula keras seperti batu menyebabkan Michael Ang serik untuk membeli juadah di bazar Ramadan.
Dimanakah sikap jujur dan keikhlasan peniaga bazar terhadap pelanggan? Sudahlah harga yang dijual mahal, makanan yang ditawarkan pula didakwa tidak layak untuk masuk ke tekak.
Seorang peniaga makanan di bazar Ramadan Taman Tun Dr. Ismail yang dikenali sebagai Syam, 33, berkata, tidak semua peniaga bersikap tamak dan sambil lewa sehingga sanggup menjual makanan ‘busuk’ kepada pembeli.
Katanya, netizen tidak seharusnya pukul rata peniaga bazar kerana masih ada segelintir yang jujur dan tahu tentang erti keberkatan dalam mencari rezeki lebih-lebih lagi bulan puasa.
“Ada peniaga yang masih mementingkan kualiti, seiring dengan peningkatan harga yang terpaksa mereka jual. Isu tentang makanan busuk dan tidak boleh dimakan mungkin satu hal terpencil yang ditular.
“Saya faham tentang hak pembeli dan sebagai peniaga, saya sendiri tidak bersetuju jika peniaga menjalankan urusan jual beli secara tidak telus sebegitu. Lebih-lebih lagi sekarang kita di bulan Ramadan,” ujarnya.
Mufti Pulau Pinang, Datuk Dr. Wan Salim berkata, penipuan dalam kalangan peniaga ketika urusan jual beli tidak sewajarnya berlaku lebih-lebih lagi dalam bulan mulia ini.
Menurutnya, tindakan sesetengah peniaga tamak yang menjual makanan rosak dengan harga tidak setimpal juga ditegah dalam Islam kerana dianggap telah melakukan penipuan dalam perniagaan.
“Boleh saya katakan bahawa perbuatan peniaga sebegitu menggambarkan hati mereka tidak bersih dan tergamak menipu dalam perniagaan.
“Bagi saya, tindakan peniaga mengambil kesempatan daripada pembeli untuk mengaut keuntungan boleh ditafsirkan sebagai mengambil harta manusia secara batil,” katanya.
Tambah Wan Salim, perbuatan sedemikian adalah haram kerana menganiaya pembeli atau pengguna.
“Allah SWT tidak suka pada orang-orang zalim. Penipuan dalam jual beli boleh menyebabkan pemusuhan kerana pembeli mengharapkan barang yang dibelinya setimpal dengan harga yang dibayar,” ujarnya.
Dalam pada itu, Wan Salim menyeru dan menasihati penjual supaya ikhlas dalam mencari rezeki untuk mendapat keberkatan hidup dengan bertimbang rasa kepada sesama manusia.
Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929
CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]
Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda
Baca Artikel Menarik:
- Fahmi bidas Rafizi Ramli
- Kejam! Zionis biar wanita Palestin yang ditembak berlumuran darah hingga mati
- Perkahwinan anak David Beckham ‘paling membazir’
- Sajian Tujuh Kawah Wak Lan Dan Pencuci Mulut Raja Buah Memang Berbaloi Untuk Santapan Berbuka Puasa
- LHDN Komen Video Aisar Tunjuk Duit Berkepuk-Kepuk
- Nurul Izzah tidak bertanding pada pemilihan PKR
- Bung Moktar tempelak Muhyiddin cakap tak serupa bikin
- Penyanyi Yasin Perlu Rawatan Pakar Psikiatri Segera – Peguam
- Status hina Nabi Muhammad, Uthaya kena angkut dengan polis
- Amirudin sindir Farhash ikutnya ke mana saja
- Ketua parti, menteri minta saya lompat parti
- Banduan lolos dari tahanan pecah masuk rumah penduduk pula
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
You must be logged in to post a comment.