Kes langgar mati: Penangguhan hukuman ditolak, MP pembangkang melompat

Beberapa wakil rakyat pembangkang bersuara selepas Mahkamah Tinggi Johor Bahru yang menolak permohonan penangguhan hukuman oleh Sam Ke Ting, sementara menunggu rayuan.

Mahkamah memutuskan Sam, yang hari ini disabit bersalah atas pertuduhan memandu secara melulu sehingga menyebabkan kematian lapan remaja, perlu mendapatkan kebenaran daripada Mahkamah Rayuan dahulu sebelum memohon penangguhan hukuman.

Beberapa wakil rakyat pembangkang berkata keputusan itu tidak adil memandangkan ada duluan yang membenarkan penangguhan itu.



“Jika (bekas perdana menteri) Najib Razak boleh diikat jamin dan ke mana-mana sementara menunggu rayuan, Cik Sam juga patut begitu,” kata Ahli Parlimen Bayan Baru Sim Tze Tzin di Facebook.

Ahli Parlimen Ipoh TImur Wong Kah Woh pula berkata keputusan itu mengejutkan kerana Sam tidak berisiko melarikan diri (flight risk).

“Sejak hari pertama kes ini, tiada risiko melarikan diri.

“Keputusan ini memerlukan semakan semula oleh mahkamah rayuan. Rayuan akan dilihat sia-sia jika permohonan penangguhan hukuman ditolak,” kata Wong.



Sementara itu, DAP dan MCA juga menawarkan bantuan perundangan kepada SAM.

Ketua Biro Perundangan MCA Chan Quin Er, yang juga bekas timbalan pendakwa raya, berkata pihaknya akan menghubungi keluarga Sam untuk menawarkan perkhidmatan secara percuma.

Perkara sama disuarakan Timbalan Pengerusi DAP Johor Teo Nie Ching.

Sam didakwa melakukan kesalahan itu di Jalan Lingkaran Dalam, Johor Bahru, pada 3.20 pagi 18 Feb 2017.



Pada 2019, Mahkamah Majistret membebaskannya selepas pendakwaan gagal membuktikan kes prima facie terhadapnya.

Keputusan itu dibatalkan oleh Mahkamah Tinggi dan dan peringkat pembelaan dijalankan di Mahkamah Majistret.

Oktober lalu, di akhir peringkat pembelaan, Mahkamah Majistret sekali lagi membebaskan Sam.

Keputusan itu dibatalkan Mahkamah Tinggi hari ini, yang turut menjatuhkan hukuman penjara enam tahun dan denda RM6,000 terhadapnya.



 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929



CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET




Dipaksa Makan Najis? 10 Fakta Baru Kes Penderaan Bella

Daphne Iking rasa janggal tanpa tudung

Wanita Malaysia tumbuh ‘tanduk’ pada payudara

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker