Kes Langgar Mati 8 Remaja Berbasikal Lajak: Kerani Dipenjara 6 tahun, Denda RM6,000
Kes Langgar Mati 8 Remaja Berbasikal Lajak: Kerani Dipenjara 6 tahun, Denda RM6,000
JOHOR BHARU: Mahkamah Tinggi Johor Bahru hari ini menjatuhkan hukuman penjara enam tahun serta denda RM6,000 ke atas seorang kerani wanita, susulan kesalahan memandu secara melulu, hingga menyebabkan kematian lapan remaja berbasikal lajak, lima tahun lalu.
Ini sekali gus membatalkan keputusan Mahkamah Majistret pada 10 Oktober tahun lalu, yang mengekalkan keputusan untuk membebaskan terduduh, Sam Ke Ting, 27 tahun, daripada tuduhan terbabit
Keputusan itu dibuat Hakim Datuk Abu Bakar Katar ketika membacakan keputusan rayuan kes berkenaan.
“Perbuatan responden yang memandu cara melulu atau berbahaya telah menyebabkan kehilangan lapan nyawa. Kesalahan yang dilakukan responden adalah kesalahan berat.
“Mahkamah turut menimbangkan kesalahan yang dilakukan responden adalah kes yang tinggi di Johor dengan statistik menunjukkan kes kemalangan maut antara 2011 hingga 2021 berjumlah 10,297 kematian,” katanya.
Prosiding rayuan dikendalikan Pengarah Pendakwaan Negeri Johor, Tengku Amir Zaki Tengku Abd Rahman dan Timbalan Pendakwa Raya, Muhammad Syafiq Mohd Ghazali.
Sementara Sam diwakili peguam Muhammad Faizal Mokhtar.
Responden turut gagal menangguhkan hukuman penjaranya, apabila Hakim memerintahkan dia dipenjara mulai Rabu selagi tiada kebenaran Mahkamah Tinggi untuk rayuan penangguhan dibuat.
Abu Bakar berkata, pendakwaan telah berjaya memutuskan kes prima facie di akhir kes pendakwaan dengan Mahkamah Tinggi turut memerintahkan tertuduh untuk membela diri.
Katanya, mahkamah bicara juga terkhilaf dalam menimbangkan semula isu dibangkitkan di akhir kes pendakwaan berkaitan identiti pemandu kereta, kebolehterimaan eksibit dan tiada pengecaman atas mangsa.
“Responden dalam pembelaannya menyatakan tidak nampak kumpulan basikal di tempat kemalangan dan ada kenderaan lain yang melanggar basikal mangsa sebelum melarikan diri, namun versi ini tidak pernah ditimbulkan responden semasa kes pendakwaan.
“Oleh itu, mahkamah ini mengenepikan keputusan mahkamah bicara yang melepas dan membebaskan responden di akhir kes pembelaan. Mahkamah memutuskan responden bersalah dan disabitkan atas pertuduhan itu,” tambahnya.
Berdasarkan pertuduhan, Sam didakwa melakukan kesalahan itu di Jalan Lingkaran Dalam, Johor Bahru, pada 3.20 pagi 18 Feb 2017.
Mangsa ialah Mohamad Azrie Danish Zulkefli, 14 tahun; Muhamad Shahrul Izzwan Azzuraimie, 14 tahun; Muhammad Firdauz Danish Mohd Azhar, 16 tahun; Fauzan Halmijan, 13 tahun; Mohamad Azhar Amir, 16 tahun; Muhammad Harith Iskandar Abdullah, 14 tahun; Muhammad Shahrul Nizam Marudin, 14 tahun; dan Haizad Kasrin, 16 tahun.-AA
Kes Langgar Mati 8 Remaja Berbasikal Lajak: Kerani Dipenjara 6 tahun, Denda RM6,000
Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929
CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]
Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda
Baca Artikel Menarik:
- Fahmi bidas Rafizi Ramli
- Kejam! Zionis biar wanita Palestin yang ditembak berlumuran darah hingga mati
- Perkahwinan anak David Beckham ‘paling membazir’
- Sajian Tujuh Kawah Wak Lan Dan Pencuci Mulut Raja Buah Memang Berbaloi Untuk Santapan Berbuka Puasa
- LHDN Komen Video Aisar Tunjuk Duit Berkepuk-Kepuk
- Nurul Izzah tidak bertanding pada pemilihan PKR
- Bung Moktar tempelak Muhyiddin cakap tak serupa bikin
- Penyanyi Yasin Perlu Rawatan Pakar Psikiatri Segera – Peguam
- Status hina Nabi Muhammad, Uthaya kena angkut dengan polis
- Amirudin sindir Farhash ikutnya ke mana saja
- Ketua parti, menteri minta saya lompat parti
- Banduan lolos dari tahanan pecah masuk rumah penduduk pula
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
You must be logged in to post a comment.