Lan Pet Pet dedah persepsi bersengketa dengan Senario

Lan Pet Pet dedah persepsi bersengketa dengan Senario

Sudah kerap timbul dakwaan pelawak popular, Lan Pet Pet, 55, tidak lagi berminat bersama Kumpulan Lawak Nombor Satu Malaysia, Senario bagi menjayakan sebarang projek membabitkan lakonan mahupun konsert.

Menguatkan lagi dakwaan apabila kelibat Lan atau nama sebenar, Mazlan Ahmad tidak dilihat dalam filem Jaga-Jaga Senariunion pada 2022 yang menghimpunkan semula anggota asal Senario iaitu Yassin, Wahid, Azlee, Saiful Apek, Hamdan dan Ilya.



Menerusi filem arahan Aziz M Osman yang menjalankan penggambaran pada Disember 2021 itu, watak yang sepatutnya dijayakan Lan diganti oleh pelakon lain.

Malah, ketiadaan Lan pada acara Wonderful Night With Senariounion di sebuah hotel di Johor Bahru, Johor, 31 Disember tahun lalu turut menimbulkan seribu satu persoalan dalam kalangan peminat yang sememangnya merindui celotehnya bersama Senario.

Sebelum itu, salah seorang anggota Senario, Yassin Yahya, 44, dilaporkan meletakkan harapan agar Lan terbuka hati menyertai program membabitkan Senario kerana dia bersama rakan seperjuangan lain merindui momen bekerjasama suatu ketika dahulu.


Baca Artikel Menarik:

Fatiya merepek, suami Heliza nafi dakwaan jual rumah




Bagaimanapun, Lan yang mula dicungkil bakatnya menerusi program realiti komedi terbitan TV3, Sinaran Pasport Kegemilangan pada 1994 menafikan dakwaan berkenaan, selain menegaskan hubungan masih akrab dan saling berhubung antara satu sama lain.

Lan berkata, dia tidak terbabit dalam mana-mana program atau projek membabitkan Senario bukan disebabkan hubungan sesama mereka sudah ‘dingin’, namun kerana komitmen terhadap perniagaannya yang masih perlu diberikan tumpuan lebih ketika ini.

“Sejujurnya, kami langsung tidak bersengketa antara satu sama lain. Cuma ketiadaan saya bersama Senario disebabkan masa tidak mengizinkan.



“Ketika ini, saya perlu menumpukan perhatian terhadap perniagaan sehingga ia benar-benar stabil.

“Sudah tentu ada tawaran dan jemputan daripada Senario, tapi macam saya cakap, masa tak mengizinkan sebab sekarang ada pelbagai perniagaan yang saya jalankan.


Baca Artikel Menarik:

Peminat nak taja Tyzo ‘healing’ di Eropah (Video)




“Malah, bukan sahaja dengan Senario, tawaran lakonan lain pun saya terpaksa tolak. Rezeki dalam bidang seni masih banyak dengan pelbagai tawaran, cuma perniagaan perlu lebih diutamakan. Kalau sudah stabil baru boleh,” katanya kepada BH Online.

Justeru, bagi menangkis persepsi ramai berhubung dakwaan sedang bersengketa dengan anggota Senario lain, Lan dengan teruja berkongsi, mereka akan terbabit dalam satu projek filem komedi terbaharu yang dijangka mampu mengubat kerinduan peminat.

Pelawak kelahiran Alor Setar, Kedah itu berkata, filem berkenaan boleh dianggap sebagai projek mega membabitkan kesemua anggota asal Senario apabila bakal menggunakan judul ‘Senario The Legend’ (Senario Legenda) dan diarahkan Dr Ahmad Idham Ahmad Nadzri.

“Ahmad Idham sudah beri keizinan kepada kami untuk berkongsi mengenai perkara ini. Iya, saya dengan anggota Senario lain akan terbabit dalam filem Senario The Legend walaupun ia masih di peringkat perbincangan dan draf awal lagi.




Baca Artikel Menarik:

Elcah kahwin kali ketiga, mas kahwin Mercedes CLA45s


“Bagaimanapun, kami akan berbincang dengan lebih lanjut mengenai perancangan pembikinan filem ini. Kalau boleh, saya mahu ia benar-benar dapat direalisasikan dan penggambarannya dapat dijalankan dalam masa terdekat.

“Dari segi jalan cerita juga masih memerlukan kami untuk duduk bersama dan berbincang. Sekarang ini kami semua sedang mencari masa sesuai sebab semua sedang sibuk dengan urusan masing-masing.



“Macam saya pula ada perniagaan yang perlu diuruskan. Kemungkinan genre sama seperti filem terdahulu Senario yang mengetengahkan unsur komedi. Saya berharap ia mampu dilaksanakan dan menjadi hadiah berharga buat peminat,” katanya yang baru sahaja melancarkan produk Uncle Lan Premium Homemade Burger.

Dalam pada itu, Lan percaya bahawa Senario masih memiliki aura yang kuat dan mampu memberi pengaruh kepada orang ramai sejak mula ditubuhkan pada 1996, namun tetap perlu melakukan beberapa penambahbaikan supaya dapat menambat hati audien masa kini.

“Senario kena buat satu proses dipanggil ‘team spirit’ untuk berbincang dan cuba sedaya upaya memberi pengaruh kepada audien baharu pada ketika ini.


Baca Artikel Menarik:

Chef Wan nafi pekerja dianiaya


“Kami perlu selarikan dengan permintaan audien sekarang dan mesti pelbagaikan konsep persembahan yang akan diketengahkan. Kami kena bagi nafas baharu kepada Senario.

“Perjalanan kami sejak dahulu memang penuh dengan pancaroba. Tapi, apa yang saya nampak Senario ada magis tersendiri sebab apa sahaja filem kami dahulu mesti ‘box office’.

“Malah, hubungan kami sangat kuat yang menjadikan Senario ini ada jenama tersendiri,” katanya.

Terdahulu, Lan memulakan kerjaya dalam bidang perfileman pada 1999 melalui filem Senario The Movie arahan Aziz M Osman dengan membawa watak Mazlan.

Sejak itu, Lan diberi peluang membintangi pelbagai lagi filem termasuk drama dan telefilem.

Lan pernah memenangi trofi Penghibur TV Popular, Anugerah Bintang Popular BH (ABPBH) untuk tiga edisi berturut-turut iaitu pada 1988, 1989 dan 2000. BH

Lan Pet Pet dedah persepsi bersengketa dengan Senario


Baca Artikel Menarik:

Shiera harap kepulangan Tyzo

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Saya senasib dengan Tyzo – Linda Onn

Isu Tyzo, DJ Lin akan dedahkan Jumaat ini

Makin lawa Mawar Rashid lepas menjanda

Ganti DJ 2 minggu tanpa gaji, alasan nak ‘test’ (Video)

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker