Nurul Izzah tidak bertanding dalam pemilihan PKR?
Nurul Izzah tidak bertanding dalam pemilihan PKR?
Ahli Parlimen Permatang Pauh, Nurul Izzah Anwar berkemungkinan besar tidak akan bertanding merebut jawatan Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) pada pilihan raya parti itu Mei nanti.
Walaupun sudah ada banyak menjangkakan Izzah akan bergandingan dengan Rafizi Ramli dan menang besar bagi jawatan nombor tiga tertinggi parti itu, namun mungkin bukan itu perancangannya.
Menurut sumber rapat, Izzah sebenarnya dari awal-awal lagi sudah membuat keputusan untuk tidak bertanding sebaliknya hadir sebagai ‘peace maker’ bagi memastikan tidak ada lagi krisis dan perpecahan seperti sebelum ini.
Impian Izzah mahu mengembalikan kegemilangan parti yang terkenal dengan semangat perjuangan reformasi, selain terus komited merealisasikan janji untuk membawa budaya politik baharu iaitu matlamat tidak menghalalkan cara dan kaedah yang salah.
Bukan rahsia malah umum mengetahui ketika pemilihan PKR pada 2019, keadaan parti itu seperti retak menanti belah dengan pertelagahan dua kem penyokong Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Datuk Seri Mohamed Azmin Ali kemudian bertukar menjadi perang terbuka.
“Selepas itu anda semua tahu apa yang terjadi dengan PKR. Krisis dalaman parti sebenarnya parah dengan ada pimpinan utama yang bertindak keluar parti dan pelbagai perkara lain. Penyokong semakin hilang arah.
“Itu juga antara sebab mengapa Izzah enggan bertanding sebaliknya hadir untuk menyatukan semua bawah satu bumbung, mengingatkan kembali semangat reformasi itu. Beliau enggan pecah belahkan parti melalui pemilihan ini lagi-lagi apabila bapanya adalah Presiden parti.
“Beliau sama seperti dulu ketika letak jawatan dulu, hakikatnya beliau masih aktif bersuara untuk akar umbi dan juga untuk rakyat terutamanya warga Permatang Pauh, pada Nurul Izzah jawatan itu bukan satu keperluan terdesak apatah lagi ketika keadaan ketidakstabilan politik pada masa ini.
“Jangan lupa juga, satu ketika dulu ketika kerajaan Pakatan Harapan (PH) berkuasa, ketika ibunya adalah Timbalan Perdana Menteri, beliau sendiri dilantik mempengerusikan Jawatankuasa Pemerkasaan Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional Malaysia (TVET) namun kerana prinsip, Izzah letak jawatan.
“Ketika itu juga walaupun sudah memiliki kerajaan pusat, beliau sedar prinsip dan rakyat itu adalah keutamaan bukan kuasa semata-mata. Beliau tidak berubah, itu masih menjadi pegangan beliau.
“Ramai akan bertanding, beliau tidak mahu keruhkan apa-apa keadaan, jawatan atau nama adalah perkara terakhir dalam fikiran Izzah. Saya juga dapat tahu Rafizi sedang cuba memujuknya tapi rasanya Izzah tidak akan bertanding,” katanya kepada MalaysiaGazette.
Kata seorang lagi sumber, jika Izzah buat kejutan mungkin dalam sejam dua sahaja.
“Tunggulah sejam dua lagi, tapi rasanya beliau tidak akan bertanding. Ada juga pihak takut jika beliau tanding sesuatu yang tidak di duga juga,” katanya tanpa mengulas lanjut.
Pemilihan PKR bagi penggal 2022-2025 akan berlangsung dari 13-18 Mei ini.
Untuk makluman pencalonan bagi jawatan Naib Presiden PKR menyaksikan 17 calon menawarkan diri bertanding pada pemilihan bagi penggal 2022/2025, setakat artikel ini ditulis.
Naib presiden yang memperuntukkan empat tempat, ditandingi Menteri Besar Selangor yang juga Pengerusi Majlis Pimpinan PKR negeri, Datuk Seri Amirudin Shari dan Menteri Besar Negeri Sembilan yang juga Pengerusi Majlis Pimpinan PKR negeri, Datuk Seri Aminuddin Harun.
Pencalonan bagi pemilihan PKR 2022 bermula pada 8 April dan berakhir semalam, melibatkan jawatan di peringkat cabang di seluruh negara, manakala bagi jawatan utama tertinggi parti pula berlangsung hari ini.
Buat julung kalinya, pemilihan PKR diadakan secara hibrid, iaitu secara fizikal dan dalam talian melalui aplikasi ADIL yang diperkenal pada 28 Februari lalu. Proses pengundian bagi pemilih dalam talian ialah dari 18 hingga 20 Mei, manakala secara fizikal pada 13 hingga 17 Mei. MG
Nurul Izzah tidak bertanding dalam pemilihan PKR?
Baca Artikel Menarik:
- PM Sekarang Pun Boleh Ditukar Kalau Kami Mahu – Mat Sabu
- Paras Oksigen Anak Amyra Dan Amar Menurun ‘Semoga Allah Angkat Kesakitan Ayra Aryssa’
- Video terkini Ummi Khazriena, kanak-kanak yang viral dalam iklan Hari Kemerdekaan 15 tahun lalu
- Penjaga Gol JDT Mohd Farizal Stabil Selepas Insiden Mencemaskan
- Undang-undang mana Muhyiddin pakai PM kena runding dengan PN?
- Jangan banding kos haji Malaysia dengan Indonesia, perkhidmatan jauh berbeza
- Ronaldo disiasat polis kerana hempas telefon bimbit penyokong
- Pendakwah bebas maut kemalangan
- Majlis berbuka puasa bersama PM dapat sambutan luar biasa pemimpin pembangkang
- 7 tahanan Penjara Jelebu lolos, seorang dicekup
- Netizen persoal JKR Sarawak kos bina jeti RM50,000
- Imam berjubah antara 8 mat rempit ditahan
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
You must be logged in to post a comment.