Kejohanan Superbike Dunia : Kurang Uji Jentera Rencatkan Permulaan Hafizh Syahrin

Kejohanan Superbike Dunia : Kurang Uji Jentera Rencatkan Permulaan Hafizh Syahrin

Kekurangan sesi pengujian jentera ternyata memberi impak permulaan kurang sempurna buat pelumba negara, Hafizh Syahrin Abdullah pada dua perlumbaan pertama Kejohanan Superbike Dunia (WSBK) di Litar MotorLand Aragon, Sepanyol, minggu lepas.

Bukan itu sahaja, Hafizh yang mewakili pasukan Mie Racing Honda itu turut mengakui kekurangan data pelumba lain juga menyebabkan beliau tidak berupaya memberi tentangan sengit.

“Harap perlumbaan akan datang pasukan akan buat sesuatu pada jentera untuk saya dapatkan pemasaan serta kedudukan lebih baik dan dekat dengan pelumba depan,” katanya dalam video yang dikongsi kepada media semalam.

Walaupun perlumbaannya kurang memuaskan, bekas pelumba Moto2 itu berkata beliau telah cuba memberikan yang terbaik di Sepanyol selain teruja dapat memperoleh pengalaman dalam saingan yang baharu disertainya tahun ini.

“Perlumbaan kali ini banyak pengalaman yang saya belajar terutamanya dari segi elektronik dan tayar (dan) memang lain lah. Ini satu kejohanan lain, memang berlainanlah dengan apa yang saya berlumba di Kejohanan Dunia sebelum ini,” katanya.

Perlumbaan pertama pelumba berusia 27 tahun itu bagi musim ini menyaksikan beliau gagal mengutip sebarang mata selepas menamatkan saingan di tempat ke-21 sebelum naik satu anak tangga di tempat ke-20 pada perlumbaan kedua.

Hafizh yang diberi jolokan ‘El Pescao’ akan kembali beraksi dalam perlumbaan seterusnya di Litar Assen, Belanda dari 22 hingga 24 April ini.

Kejohanan Superbike Dunia : Kurang Uji Jentera Rencatkan Permulaan Hafizh Syahrin

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Resepi Ayam Masak Bawang Mengiurkan

Mas Idayu bakal berkahwin dengan penerbit eksekutif TV3

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker