Covid-19: 7,739 kes baharu, 19 kematian

SHAH ALAM – Sebanyak 19 kes kematian baharu akibat Covid-19 dilaporkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia pada Isnin dengan tiga daripadanya membabitkan kematian di luar hospital (brought-in-dead atau BID).

Menurut data KKM di portal CovidNow, ia menjadikan jumlah keseluruhan kematian berpunca daripada pandemik itu kini seramai 35,292 orang dengan 7,456 daripadanya adalah BID.

Sementara itu, sebanyak 7,739 kes jangkitan baharu direkodkan pada Isnin dengan 7,716 daripadanya adalah kes tempatan manakala 23 lagi kes import.

Pada masa sama sebanyak 19,049 kes sembuh dilaporkan semalam.

Setakat tengah malam tadi juga, bilangan kes aktif kini sebanyak 134,469 dengan 97.6 peratus atau 131,235 daripadanya adalah pesakit yang menjalani kuarantin di rumah, manakala 266 pesakit pula ditempatkan di Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 (PKRC).

Sejumlah 2,794 pesakit kes Covid-19 memerlukan rawatan di hospital dan 72 pesakit ditempatkan di unit rawatan rapi (ICU).

Pesakit yang memerlukan alat bantuan pernafasan pula ialah seramai 72 orang manakala yang memerlukan mesin ventilator ialah seramai 102 orang.


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Resepi Ayam Masak Bawang Mengiurkan

Mas Idayu bakal berkahwin dengan penerbit eksekutif TV3

Dilabel jual juadah harga Tel Aviv, Chef Ammar tersinggung

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker