Mat Kilau terjah Netflix
Mat Kilau terjah Netflix
Filem epik terhangat, Mat Kilau bakal ditayangkan di platform penstriman digital Netflix tidak lama lagi.
Dalam kenyataan kepada media, filem arahan Syamsul Yusof dengan jumlah kutipan paling tinggi dalam sejarah perfileman negara itu akan ditayangkan pada Hari Malaysia secara global.
“Dengan kejayaan yang ditempa di layar perak, Mat Kilau, filem dengan jumlah kutipan paling tinggi di Malaysia bakal ditayangkan di Netflix pada Hari Malaysia.
“Mat Kilau akan ditayangkan secara global pada 16 September kecuali di Indonesia, di mana, ia akan dilancarkan pada 14 Oktober,” katanya.
Netflix juga mengumumkan, Mat Kilau akan menyertai 150 karya tempatan lain dalam koleksi Rekaan Rakyat.
“Mat Kilau juga akan menyertai 150 filem, drama bersiri dan karya animasi tempatan yang lain dalam koleksi Rekaan Rakyat, yang mana meraikan karya-karya terbaik dari Malaysia,” katanya.
Antara karya yang tersenarai dalam koleksi Rekaan Rakyat adalah BoBoiBoy: The Movie, Fly by Night, Maria Mariana Ii, Jimi Asmara dan banyak lagi.
Filem Mat Kilau membariskan barisan pelakon hebat antaranya Datuk Adi Putra sebagau Mat Kilau, di samping Beto Kusyairy, Fattah Amin, Yayan Ruhian, Johan As’ari, Datuk Rahim Razali, dan Datuk Jalaluddin Hassan. HM
Mat Kilau terjah Netflix
Baca Artikel Menarik:
- Dakwaan gangguan seksual Puteri Balqis disiasat polis
- Rumah hantu pandu lalu, mesti cuba (Video)
- Ajak UMNO kerjasama dengan Pas, bukti pro Bersatu tersepit
- EP Blueshark dapat kelulusan JPJ
- KJ atau Tok Mat, pengundi Rembau tetap undi BN
- Berjumpa abang kandung selepas 58 tahun terpisah
- Netizen Dakwa Nora Danish Kantoi Edit Gambar Bagi Pinggang Nampak Lentik
- Demi cinta, jarak usia 21 tahun bukan penghalang
- Penoreh getah jadi bapa ayam ‘jual’ janda Indonesia
- Video atlet berjalan dalam air secara terbalik raih 54 juta tontonan
- Duda, janda didakwa bergaduh, lempar tahi ayam
- Bomoh Rusia Mengaku Tak Mampu Sihir Orang Islam Yang Jaga Solat
- Takiyuddin mesti minta maaf kepada UMNO Kedah – Shaiful Hazizy
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Bapa Puteri Balqis lapor polis isu gangguan seksual