Pegawai SPRM terlibat kes kehilangan RM25 juta kini suspek pengedar dadah

Pegawai SPRM terlibat kes kehilangan RM25 juta kini suspek pengedar dadah

Suspek utama yang terlibat dalam kes kehilangan wang tunai RM25 juta daripada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) kini disiasat atas tuduhan mengedar dadah.

Polis pada mulanya membuka kertas siasatan berhubung dakwaan suspek memiliki pil Erimin 5, sebelum menemui petunjuk bahawa pegawai SPRM berkenaan mungkin terlibat dalam aktiviti mengedar bahan terlarang itu.

Pengarah Jabatan Siasatan Narkotik Bukit Aman, Razarudin Husain ketika dihubungi hari ini mengesahkan penahanan suspek.

Katanya, suspek kini ditahan di bawah Akta Dadah Berbahaya (Langkah-langkah Pencegahan Khas) 1985 atau lebih dikenali sebagai LLPK.

“KIta tahan di bawah Seksyen 3(1) LLPK untuk buat siasatan. Ada dua saksi yang kita tangkap. Jadi daripada situ kita nampak ada macam unsur-unsur pengedaran dadah berlaku.

“Dia (suspek) asalnya kita tangkap kerana memiliki pil Erimin 5 dan ujian air kencing positif kerana salah guna dadah, susulan laporan yang dibuat oleh SPRM.

“Kami mengesyaki dia terlibat dalam mengedar pil Erimin 5 dan juga methamphetamine,” kata Razarudin kepada Malaysiakini.

Difahamkan, ujian air kencing terhadap suspek mendapati dia positif amfetamin dan benzo – bahan yang biasanya ditemukan dalam Erimin 5 dan methamphetamine.

Menurut Razarudin, pihak polis percaya suspek mungkin terlibat dalam aktiviti pengedaran dadah selama lebih setahun.

“Dia sekarang ditahan selama 60 hari di bawah LLPK. Tapi kita tak akan tahan sampai 60 hari ,apabila siasatan selesai kita akan serahkan kertas siasatan kepada Kementerian Dalam Negeri untuk tindakan lanjut,” kata Razarudin.

Suspek merupakan salah seorang daripada tiga pegawai SPRM yang ditahan oleh suruhanjaya itu bulan lalu bagi membantu siasatan berkaitan salah guna kuasa kuasa dan penyelewengan dalam kes membabitkan “seorang bekas ketua jabatan.”

Difahamkan, para pegawai berkenaan disyaki terlibat dalam kes kehilangan sejumlah wang tunai, yang merupakan sebahagian daripada bukti yang dirampas SPRM.

SPRM merampas wang tunai berkenaan pada 2018 ketika menjalankan siasatan terhadap bekas Ketua Pengarah Pertubuhan Perisikan Luar Malaysia (MEIO), Hasanah Abdul Hamid.

Suspek kemudian disiasat polis setelah dia didakwa memiliki dadah dan didapati positif.

Difahamkan, dia juga disiasat atas kesalahan berkaitan senjata api dan disyaki memiliki peluru lebih daripada yang sepatutnya serta memiliki senjata api palsu.

Pada 12 Oktober, Jabatan Peguam Negara dilaporkan menemui kesalahan lain yang memerlukan siasatan lebih lanjut pihak berkuasa dalam kes kehilangan wang tunai berkenaan berdasarkan kertas siasatan yang dikemukakan oleh SPRM. Mk

Pegawai SPRM terlibat kes kehilangan RM25 juta kini suspek pengedar dadah


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


Saya masuk PKR, Guan Eng siapa nak halang

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker