Dah meninggal dunia sejak seminggu lalu

Dah meninggal dunia sejak seminggu lalu

Mayat lelaki warga asing dipercayai meninggal dunia sejak seminggu lalu ditemukan di sebuah rumah di Taman Ibu Kota, Setapak, di sini, semalam.

Ketua Polis Daerah Wangsa Maju Superintendan Ashari Abu Samah berkata, polis menerima makluman berhubung kejadian pada 1.32 tengah hari.

“Polis menerima laporan daripada pengawal keselamatan apartmen mendakwa bau busuk dari rumah berkenaan.



“Pasukan Kereta Peronda Polis (MPV) Setapak diarahkan ke lokasi kejadian.

“Polis bersama bomba berjaya memasuki rumah berkenaan sebelum menemukan lelaki warga asing berusia 50 tahun dipercayai tinggal bersendirian meninggal dunia,” katanya dalam kenyataan, malam tadi.

Beliau berkata, mangsa dianggarkan meninggal dunia kira-kira seminggu dan kematian disahkan Penolong Pegawai Perubatan Hospital Kuala Lumpur (HKL).

“Unit forensik sudah menjalankan siasatan di tempat kejadian dan mengesahkan tiada unsur-unsur jenayah membabitkan kematian berkenaan.



“Kes diklasifikasikan sebagai kematian mengejut (SDR) dan mayat mangsa dibawa ke HKL untuk tindakan lanjut,” katanya.
HM

Dah meninggal dunia sejak seminggu lalu


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET




Bazar Ramadan 2022: Ini senarai 18 bazar yang terbaik seluruh negara

Bayar atau tak boleh keluar dari Malaysia

‘Tiga beradik’ Juadah Istimewa Menjadi Rebutan Di Bulan Ramadan

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Back to top button
%d bloggers like this:

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker