Tahan wanita Malaysia berdekad, ketua kumpulan Maoist UK meninggal dunia

Tahan wanita Malaysia berdekad, ketua kumpulan Maoist UK meninggal dunia

“Komrad Bala”, ketua kumpulan Maoist yang menahan seorang wanita Malaysia dan tawanan lain selama berdekad, meninggal dunia di sebuah penjara Britain enam tahun selepas disabitkan bersalah kerana merogol, serangan seksual, melakukan kekejaman ke atas kanak-kanak dan penahanan salah.

Aravindan Balakrishnan meninggal dunia semalam pada usia 81 tahun, lapor BBC.



Lelaki yang berasal dari India itu, menggelar dirinya “Komrad Bala”, mempengaruhi ahli kumpulannya untuk fikir dia mempunyai kuasa seperti dewa. Dia menjadi perhatian dunia kerana menahan beberapa wanita di sebuah rumah di London.

Seorang daripada wanita itu ialah rakyat Malaysia, Siti Aishah Wahab, yang diselamatkan polis pada Oktober 2013, selepas ditahan lelaki itu lebih tiga dekad.

Susulan pembebasan itu, polis London menyifatkan kes itu unik dan mereka turut menyiasat “gari ghaib” yang digunakan untuk menahan Aishah serta dua wanita lain.

Aishah dikatakan pelajar cemerlang yang bekerja keras untuk mendapatkan biasiswa bagi meneruskan pelajaran di London pada lewat 1960-an.



Anak jati Negeri Sembilan itu dilaporkan berpindah ke UK pada 1968 bersama tunangnya, selepas tidak sebulu dengan keluarganya.

Daily Mail melaporkan Aravindan dilahirkan di Kerala, India dan dibesarkan di Singapura sebelum berpindah ke London pada 1963.

Dia menggelar dirinya “sosialis revolusioner” dan menggunakan ucapan penuh meyakinkan untuk merekrut pelajar, termasuk jururawat Malaysia. FMT

Tahan wanita Malaysia berdekad, ketua kumpulan Maoist UK meninggal dunia




Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Bazar Ramadan 2022: Ini senarai 18 bazar yang terbaik seluruh negara



Bayar atau tak boleh keluar dari Malaysia

‘Tiga beradik’ Juadah Istimewa Menjadi Rebutan Di Bulan Ramadan



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker