Penyelam warga Britain, Perancis yang hilang di Mersing ditemukan selamat [VIDEO]

Penyelam warga Britain, Perancis yang hilang di Mersing ditemukan selamat

MERSING: Dua daripada tiga penyelam warga asing yang hilang di Pulau Tokong Sanggol pada Rabu lepas ditemukan selamat di selatan Pengerang, dekat Kota Tinggi awal pagi ini.

Ketua Polis Daerah Mersing Supt Cyril Edward Nuing berkata penyelam warga Britain, Adrian Peter Chesters dan warga Perancis, Alexia Alexandra Molina dijumpai oleh nelayan tempatan kira-kira pukul 1 pagi, sebelum memaklumkannya kepada pihak berkuasa.

Beliau berkata mangsa diselamatkan oleh Polis Marin Wilayah 2 dan dibawa ke sebuah hospital swasta di Pasir Gudang.

“Dua mangsa hanyut tersebut telah selamat ditemui pada lebih kurang jam 1 pagi di perairan selatan Pengerang berhampiran dengan sempadan Indonesia.

“Kemudian kedua-dua mangsa ini telah diselamatkan oleh pasukan Polis Marin Wilayah 2 Johor.

“Kedua-dua mangsa ini kemudian telah dihantar ke darat dan sekarang di hospital untuk rawatan lanjut dan berada dalam keadaan stabil,” kata Cyril.

Mangsa yang masih hilang ialah anak kepada Adrian Peter, Nathen Renze Chesters, 14, warga Belanda.

Berdasarkan penemuan terbaharu dua penyelam itu, Cyril memaklumkan kawasan pencarian seorang lagi mangsa diubah ke arah bawah selatan.

Katanya, pihak Indonesia dan Singapura juga telah dimaklumkan berhubung penemuan dua mangsa serta pengubahan kawasan pencarian seorang lagi mangsa yang masih hilang.-AA

Penyelam warga Britain, Perancis yang hilang di Mersing ditemukan selamat

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Bazar Ramadan 2022: Ini senarai 18 bazar yang terbaik seluruh negara

Bayar atau tak boleh keluar dari Malaysia

‘Tiga beradik’ Juadah Istimewa Menjadi Rebutan Di Bulan Ramadan

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker