Tengkorak, Cebisan Tulang Dipercayai Milik Kanak-kanak Ditemui

Tengkorak, Cebisan Tulang Dipercayai Milik Kanak-kanak Ditemui

SEREMBAN – Tengkorak dan cebisan tulang rangka dipercayai milik seorang kanak-kanak perempuan ditemui ditanam dipercayai menjadi mangsa bunuh di kawasan tangki air di Taman Bukit Zamrud di sini.

Penemuan itu diperoleh hasil siasatan ke atas suspek utama yang mempunyai kaitan dengan kes penemuan mayat tanpa identiti di dalam gaung di Jalan Lama Bukit Putus Seremban-Kuala Pilah pada 20 Mac lalu.

Ketua Polis Daerah Seremban, Asisten Komisioner Nanda Maarof berkata, petunjuk baharu berkaitan kes itu terjawab selepas tengkorak, geraham dan cebisan tulang rangka dipercayai manusia ditemui pada pukul 11 pagi.



Nanda berkata, suspek lelaki berusia 41 tahun dan seorang saksi wanita telah dibawa ke lokasi kejadian di kawasan belukar dekat tangki air milik Pengurusan Air Berhad.

Mereka kenudian menunjukkan lokasi mayat kanak-kanak malang tersebut ditanam.

Pasukan Forensik menjumpai tengkorak, geraham dan cebisan tulang rangka dipercayai milik mangsa.

“Pasukan forensik dan patalogi akan mengesahkan sama ada kesemua tulang ditemui itu milik manusia atau haiwan,” katanya ketika ditemui lokasi kejadan hari ini.

Menurut beliau, tulang itu dijumpai kira-kira 10 meter dari lokasi asal mangsa ditanam dengan keadaan bertaburan dan ditutup dengan daun-daun kering dan pokok kecil.



“Siasatan awal mendapati, mangsa kemungkinan ditanam di situ antara dua ke tiga bulan lalu. Bagaimanapun, tiada barangan lain ditemui berhampiran lokasi terbabit,” katanya.

Jelas Nanda, polis percaya kes bunuh seorang wanita di Jalan Bukit Putus Lama dan kehilangan seorang kanak-kanak berusia lima tahun itu telah hampir selesai.-KOSMO! ONLINE

Tengkorak, Cebisan Tulang Dipercayai Milik Kanak-kanak Ditemui

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392



Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda




Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Guna pedang samurai serang suami isteri kerana enggan lakukan hubungan intim



Pak Imam tercabar, suara makmum lagi kuat dari Imam [VIDEO]

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker