Jual bunga api di Kelantan, Polis dedahkan hanya 9 permohonan dari peiaga

TUMPAT – Polis Kelantan hanya menerima sembilan permohonan daripada peniaga untuk mendapatkan permit menjual bunga api sepanjang bulan Ramadan tahun ini.

Ketua Polis Kelantan Datuk Shafien Mamat berkata, permit jualan bunga api itu dikeluarkan selepas negara beralih ke fasa endemik dan penjualannya tidak dibenarkan semasa tempoh pandemik Covid-19 yang lalu.

Menurutnya, sehubungan itu, polis sedang memproses pengeluaran permit tersebut kepada sembilan peniaga yang sudah memohon.



“Hanya bunga api jenis ‘Pop-Pop’ dan ‘Happy Boom’ dibenarkan untuk jualan kerana ia tidak mengandungi bahan bakar yang boleh berbahaya.

“Selain itu, peniaga yang ingin menjual bunga api juga perlu mendapatkan bekalan daripada pembekal berlesen. Peniaga juga perlu mendapat permit terlebih dahulu bagi mengelakkan sebarang tindakan tegas jika ditangkap,” katanya ketika ditemui pemberita selepas Program Ziarah Prihatin Ketua Polis Kelantan terhadap lima mangsa kebakaran yang tinggal di belakang Masjid Bandar di sini hari ini.

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);



KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:



Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Solat Terawih Di Times Square New York

Alif Satar jutawan senyap



Kedai Makan Thai Terbaik Untuk Buka Puasa Di Selangor



Related Articles

Check Also
Close
Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker