Bolehkah Habiskan Makanan Di Tangan Bila Azan Subuh Berkumandang Ketika Bersahur??

Bolehkah Habiskan Makanan Di Tangan Bila Azan Subuh Berkumandang Ketika Bersahur??

ADA sebahagian pihak mengatakan, jika azan Subuh berkumandang ketika sedang bersahur, maka kita boleh menghabiskan makanan atau minuman yang masih ada di tangan.

Pandangan ini biasanya disandarkan kepada hadis Nabi, (maksudnya): “Apabila seorang daripada kamu mendengar azan, sedangkan bekas makanan masih berada di tangannya, maka janganlah dia meletakkan bekas tersebut sehingga dia menyelesaikan hajatnya (menghabiskan makanan) dari bekas tersebut.” [Riwayat Abu Daud]

Namun begitu, kita harus fahami bahawa pandangan ini adalah bercanggah dengan pandangan para ilmuan mazhab Syafie.



Malah kita bukan sahaja dilarang untuk menghabiskan makanan yang masih ada di tangan, bahkan sekiranya azan Subuh telah berkumandang dan masih ada makanan di dalam mulut, kita dilarang untuk menelan makanan tersebut dan wajib mengeluarkannya dari mulut.

Hal ini sebagaimana disebut oleh Imam al-Khatib al-Syirbini dalam buku Mughni al-Muhtaj, (maksudnya): “Jika telah terbit fajar sadiq (masuk waktu Subuh) dan masih ada makanan di dalam mulut orang yang berpuasa, kemudian dia mengeluarkan makanan tersebut dari mulutnya, maka puasanya dikira sah…, (namun) sekiranya dia menelan sedikitpun daripada makanan tersebut dengan sengaja, maka dia dikira orang yang tidak berpuasa (puasanya tidak sah).”

Adakah sah puasa jika seseorang sedang makan atau minum ketika azan Subuh berkumandang?



Hakikatnya, pandangan ini bukanlah pandangan para ilmuan mazhab Syafie sahaja, bahkan ia adalah pandangan majoriti para ilmuan Islam.

Hal ini sebagaimana disebut oleh Imam Ibnu al-Qayyim dalam buku Tahzib al-Sunan, (maksudnya): “Majoriti para ilmuan berpandangan bahawa larangan makan sahur adalah bermula setelah terbit fajar (setelah masuk waktu Subuh), dan pandangan ini adalah pandangan Imam empat mazhab…,”

Selain itu, Imam al-Nawawi juga menyebut dalam buku al-Majmu’, (maksudnya): “Kami telah nyatakan bahawa seseorang yang masih ada makanan di dalam mulutnya ketika terbit fajar (masuk waktu Subuh), maka dia perlu mengeluarkan makanan tersebut dan menyempurnakan puasanya. Sekiranya dia menelan makanan tersebut setelah dia yakin fajar telah terbit (masuk waktu subuh), maka puasanya terbatal. Tidak ada khilaf (perbezaan pendapat) dalam isu ini. Dalil bagi pandangan ini adalah hadis Nabi, (maksudnya): ‘Sesungguhnya Bilal (bin Rabah) melaungkan azan pada malam hari, maka hendaklah kalian makan dan minum sehingga Ibnu Ummi Maktum melaungkan azan.’ [Riwayat al-Bukhari dan Muslim]”

Apa yang kita perlu ketahui adalah, pada zaman Nabi dahulu, azan pada waktu Subuh dilaungkan sebanyak dua kali.



Azan pertama adalah azan yang dilaungkan oleh Bilal bin Rabah sebelum keluar fajar sadiq (sebelum masuk waktu subuh).

Kita wajib menahan diri daripada makan, minum dan semua perkara yang membatalkan puasa sejurus azan Subuh.

Semasa dan selepas azan pertama ini dilaungkan, para sahabat masih boleh makan dan minum. Seterusnya, azan kedua pula akan dilaungkan oleh Ibnu Ummi Maktum semasa terbit fajar sadiq (masuk waktu Subuh).



Sejurus azan kedua dilaungkan, para sahabat dilarang untuk makan dan minum serta melakukan perkara-perkara lain yang membatalkan puasa.

Pandangan para ilmuan Islam yang mengatakan tidak boleh menghabiskan makanan yang masih ada di tangan setelah azan berkumandang ini juga adalah selaras dengan firman Allah, (maksudnya): “Dan makanlah serta minumlah kalian sehingga nyata kepada kamu benang putih (cahaya siang) daripada benang hitam (kegelapan malam), iaitu waktu fajar (Subuh)…” (Surah al-Baqarah, ayat 187)

Adapun hadis Nabi yang membenarkan umatnya menghabiskan makanan yang masih ada di tangan walaupun azan telah dilaungkan, ia merujuk kepada azan pertama yang dilaungkan oleh Bilal bin Rabah, iaitu azan sebelum masuk waktu Subuh (azan ini tidak dilaungkan di kebanyakan tempat kita sekarang).

Hal ini sebagaimana dijelaskan oleh Imam al-Baihaqi dalam buku Sunan al-Kubra, (maksudnya): “Sabdaan Nabi ‘Apabila seorang dalam kalangan kamu mendengar azan sedangkan bekas masih di tangannya…,’ adalah menceritakan azan yang pertama.”



Pemakanan seimbang ketika bersahur penting untuk tenaga anak-anak sepanjang berpuasa.

Realiti yang berlaku di kebanyakan tempat di Malaysia sekarang, azan pada waktu Subuh hanya dilaungkan sebanyak sekali (tanpa menafikan ada sebahagian tempat, azan dilaungkan sebanyak dua kali). Dan azan tersebut adalah azan yang menunjukkan telah masuk waktu Subuh.

Justeru, kita wajib menahan diri daripada makan, minum dan semua perkara yang membatalkan puasa sejurus azan Subuh.



Bahkan, sekiranya masih ada makanan atau minuman di dalam mulut kita sejurus azan berkumandang, maka kita wajib mengeluarkannya dari mulut. Hal ini bagi memastikan kita tidak melakukan perkara yang membatalkan puasa setelah terbit fajar (masuk waktu Subuh).

Jika tidak mendengar azan Subuh sekalipun, sekiranya telah masuk waktu Subuh di tempat kita berdasarkan takwim yang telah dikeluarkan oleh pihak berautoriti, maka wajib bagi kita untuk menahan diri daripada makan, minum dan melakukan perkara-perkara yang membatalkan puasa.

***Mohd Farouq Nukman adalah pensyarah di Jabaran Syariah, Fakulti Pengajian Islam, Univesiti Sultan Azlan Shah, Kuala Kangsar, Perak. 

Bolehkah Habiskan Makanan Di Tangan Bila Azan Subuh Berkumandang Ketika Bersahur??

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Tengku Hassanal Kongsi Momen Bertemu Tengku Aleya, Sempat Kena ‘Sound’ Dengan Raja Permaisuri Agong

Resepi Ayam Masak Merah Ala Kenduri, Tak Guna Sebarang Sos Pun

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker